jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Pergerakan Pemuda MIC hari ini mengemukakan satu resolusi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan satu lagi jawatan Menteri kepada parti itu.
Ketua Pergerakan Pemudanya, T. Mohan berkata, kini masa sesuai dan tepat untuk kerajaan mempertimbangkan permintaan itu dan berharap Presiden MIC, Datuk G. Palanivel akan dilantik ke jawatan tersebut dalam masa terdekat.
"Harapan itu jika terlaksana akan memberi keyakinan kepada kaum India secara keseluruhan untuk bersama dengan BN.
"Pertambahan jawatan Menteri Kabinet kepada MIC akan turut memberi impak positif kepada seluruh jentera MIC untuk bergerak dengan lebih bersemangat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan di sini, hari ini.
Palanivel kini Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti selepas dilantik sebagai Senator sebelum ini dan setakat ini, cuma Timbalan Presiden parti, Datuk Dr. S. Subramaniam dilantik sebagai menteri penuh iaitu Sumber Manusia.
Pada masa sama, Pergerakan Pemuda MIC juga menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan jawatan menteri kepada Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
"Khairy merupakan aspirasi penting dalam Pemuda BN dan pertimbangan jawatan itu akan membolehkan sayap Pemuda BN lebih aktif serta mampu bergerak lebih jauh ke hadapan," katanya.
Sementara itu, Mohan berkata, sayap Pemuda bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm