BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda lemas di Lata Tembakah

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
lemas_1540131174.jpg






JERTIH: Seorang lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di Hutan Lipur Lata Tembakah, di sini, petang ini.

Mayat mangsa, Muhamad Najmi Naiem, 20, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai Johor ditemui anggota bomba dan penyelamat serta penduduk kampung pada jam 5.10 petang.

Difahamkan, mangsa dikatakan pergi ke tempat air yang dalam untuk mandi sebelum tergelincir kira jam 4.45 petang.

Sejurus itu, rakan mangsa melaporkan kejadian itu kepada penyelia hutan bertugas yang kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang@Mohammad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.25 petang.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/488804/pemuda-lemas-di-lata-tembakah





.
 
musim2 hujan ni xyahla gi mandi air terjun
 
Innalillah... Takziah.

Tergelincir... tak sesuai kot kat tempat camtu pada musim camni.
 
dh bpe ramai dh mati lemas kt cni.. tp air dia mmg best.. jernih..
 
Back
Top
Log in Register