afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,219
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,219
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Pemuda DAP tuntut AG semak semula kes DNAA Zahid
Presiden Umno Zahid Hamidi diberikan DNAA bagi 47 pertuduhan pada 2023 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, sebelum kes diklasifikasikan NFA pada Januari.
Sayap Pemuda itu berkata, agenda antirasuah kerajaan tidak sepatutnya mengecualikan orang politik dalam kalangannya sendiri, dan piawaian sama perlu terpakai secara menyeluruh.
“Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat menyelubungi kes kontroversi ini, AG perlu menunjukkan profesionalisme yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan kuasa pendakwaannya untuk menangani dan meredakan sepenuhnya kebimbangan awam terhadap kebebasan sistem pendakwaan.
“Pemuda DAP menuntut AG memaparkan komitmen memelihara pentadbiran keadilan dengan mengkaji semula bukti dan pertuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi,” katanya dalam kenyataan.
Zahid, yang juga timbalan perdana menteri diberikan DNAA bagi 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram, dan pecah amanah berkait kes Yayasan Akalbudi, pada 2023.
Pihak pendakwaan berkata, DNAA berkenaan diberikan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.
Ketika DNAA itu dibenarkan, kes itu sudah mencapai peringkat pembelaan, dengan Zahid dan 14 saksi pembelaan lain telah memberi keterangan.
Kes itu telah diklasifikasikan sebagai NFA pada Januari tahun ini.
Desakan Pemuda DAP ini dibuat di tengah-tengah hubungan yang semakin merosot antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), yang dipimpin Zahid.
BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk pakatan pilihan raya pada PRN Negeri Sembilan, membawa kemenangan majoriti dua pertiga.
