BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda bunuh 39 orang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Selepas ditangkap, Gomes da Rocha mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.
< 1 / 1 >
RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Seorang pemuda di Brazil mengaku membunuh sekurang-kurangnya 39 orang di negeri Goiania.

Pihak polis berkata, Thiago Henrique Gomes da Rocha, 26, turut membunuh 16 wanita termasuk pondan dan gelandangan.

Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun lapor The Independent.

Gomes da Rocha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lalu selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.

Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya.

Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut.

Sebelum ini penduduk mengadakan protes di hadapan balai polis meminta polis menangkap pembunuh terbabit.
 
muka pun dah macam setan, dahaga kan darah...
apala dosa mangsa mamat nih...
39 mangsa, bukannya sikit...hukuman mesti BUNUH smpi mati..
 
Back
Top
Log in Register