BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin perlu setia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Mukhriz pada sidang media di Wisma Darul Aman, semalam.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan pemimpin Umno-BN supaya tidak mengambil keputusan keluar parti sewenang-wenangnya, walaupun mempunyai masalah peribadi.

Beliau berkata, mereka perlu utamakan kepentingan rakyat dan taat setia kepada parti kerana mereka dipilih melalui pemilihan parti dan pilihan raya.

Beliau merujuk secara tidak jelas kepada krisis politik di Terengganu berikutan tindakan keluar parti oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Adun lagi selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar baharu.

“Apa yang penting, pengajaran yang kita dapat pada perkara ini adalah kesetiaan kepada parti mestilah mengatasi segala-galanya," katanya.

Katanya, isu-isu peribadi boleh diatasi melalui pendekatan yang wajar.

“Jadi saya fikir tak semudah itu untuk seorang pemimpin keluar daripada parti," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Mukhriz berkata apa yang berlaku di Terengganu sejak pelantikan menteri besar baharu itu mencemaskan di peringkat awal, memandangkan kedudukan BN yang menang tipis di negeri tersebut pada PRU lalu.
 
Kesetiaan kpd Parti melebihi segala2nya??? Agama korang letak mana?
 
dengo nasihat berguna tu bang id, perjuangan parti diutamakan dari kepentingan peribadi, jangan merajok he he he
 
setia pada parti dulu kini dan selama-lamanya.
 
Back
Top
Log in Register