BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin HINDRAF Ditangkap

Tidak perlu haram Hindraf – PM

MUAR 8 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada keperluan untuk mengharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana ia bukanlah satu persatuan yang didaftarkan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan pada masa kini ialah pemantauan terhadap kegiatan kumpulan itu.

“Kita kena tengok dulu, dia ini bukan pertubuhan, Hindraf bukan satu persatuan yang didaftarkan, jadi soal hendak tarik balik atau haramkan kumpulan ini tidak timbul,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengharamkan kumpulan itu.

Abdullah yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Johor sejak semalam berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Program Kesejahteraan Rakyat peringkat negeri Johor di Dataran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota, Parit Raja di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan ahli-ahli Hindraf yang bebas ke luar negara (untuk mendapatkan sokongan asing) Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia bebas hendak ke mana-mana.

“Kita tidak menyekat rakyat (kita) keluar masuk negara ini, kecuali mereka yang mempunyai rekod jenayah dan pasport mereka ditarik balik, barulah mereka tidak dibenarkan keluar,” jelas beliau.

Mengenai lawatannya ke Johor, Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan hasil lawatannya ke negeri ini yang membabitkan beberapa program yang diterima semua penduduk.

Kata beliau, rakyat Johor menyambut baik tema program yang diatur sepanjang lawatannya kerana ia melibatkan semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Program yang diatur sepanjang lawatan ini mempunyai hubung kait dengan pembangunan dan pemerintahan yang dilaksanakan kerajaan BN menyentuh agenda membasmi kemiskinan di sini, industri kecil dan sederhana (IKS) di Batu Pahat, berkaitan pemerintahan UMNO di Pagoh dan berkaitan dengan pendidikan dan masyarakat Tionghua,” ujarnya.

Sepanjang lawatan dua hari itu, Abdullah menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Segamat dan Bakri selain merasmikan Ekspo IKS di Batu Pahat semalam selain merasmikan Kompleks Pekembar Pagoh pagi ini.

:-? :-? :-?

everything under control:-? :-?
 
salam

apabila umno tergugat, kad perkauman akan dikeluarkan. melayu akan kembali solid dibelakang umno.

hindraf mungkin permainan umno juga. jgn terpedaya. tuntutan hindraf ada logiknya wpun ada yg 'terlebih' sikit tp manipulasi pihak umno/bn cukup marabahaya..menyemarakkan api perkauman.. juga menjustifikasikan penggunaan ISA.

aku hairan ..tetiba hindraf muncul selepas perhimpunan gergasi BERSIH...sebelum ni tk dengaq apa pun pasai hindraf ni.. Uthayakumar tu biasalah sejak dia dalam Keadilan dulu tp hindraf???? ada udang disebalik mee kotttt!!! berhati2 saudara.. jangan terperangakp dgn permainan perkauman ni...
 
permainan seumpama ini terlalu bahaya.... aku rasa benda nie real lah. aku punya akal tak mampu fikir begaimana permainan cam nie dapat dikawal
 
xpa la
kita hati2 ja
kalau betul2 terjadi mcm mana.........
 
salam

apabila umno tergugat, kad perkauman akan dikeluarkan. melayu akan kembali solid dibelakang umno.

hindraf mungkin permainan umno juga. jgn terpedaya. tuntutan hindraf ada logiknya wpun ada yg 'terlebih' sikit tp manipulasi pihak umno/bn cukup marabahaya..menyemarakkan api perkauman.. juga menjustifikasikan penggunaan ISA.

aku hairan ..tetiba hindraf muncul selepas perhimpunan gergasi BERSIH...sebelum ni tk dengaq apa pun pasai hindraf ni.. Uthayakumar tu biasalah sejak dia dalam Keadilan dulu tp hindraf???? ada udang disebalik mee kotttt!!! berhati2 saudara.. jangan terperangakp dgn permainan perkauman ni...

Salam,

Nie pandangan peribadi atau ada fakta yg menyokong?

Aku pelik skang nie..tau la PRU da dekat..tp kenapa semua benda yg berlaku nak dipolitik kan?

isu perkauman bkn perkara main2 bro..byk kesannya..
 
salam

apabila umno tergugat, kad perkauman akan dikeluarkan. melayu akan kembali solid dibelakang umno.

hindraf mungkin permainan umno juga. jgn terpedaya. tuntutan hindraf ada logiknya wpun ada yg 'terlebih' sikit tp manipulasi pihak umno/bn cukup marabahaya..menyemarakkan api perkauman.. juga menjustifikasikan penggunaan ISA.

aku hairan ..tetiba hindraf muncul selepas perhimpunan gergasi BERSIH...sebelum ni tk dengaq apa pun pasai hindraf ni.. Uthayakumar tu biasalah sejak dia dalam Keadilan dulu tp hindraf???? ada udang disebalik mee kotttt!!! berhati2 saudara.. jangan terperangakp dgn permainan perkauman ni...

jgn terlalu mudah menuduh bro....perkara perkauman n keagamaan xde sape yg nak buat2 isu....bende ni mmg benar....xde negara n kerajaan yg gunakan isu perkauman utk menagih sokongan.....berat isu ni, pelabur pon bleh lari....knp lah hindraf ni buat tuntutan yg x munasabah? semua kaum kat Malaysia ni mmg mendapat hak sama jer....x dinafikan kaum bumiputra mendapat sedikit keistimewaan, ni kerana kaum bumiputera adalah kaum peribumi tanah melayu....kenape xde yg salahkan US? kaum kulit itam di sana lg teruk ditindas. Di Malaysia setiap kaum hidup aman, hak meniaga, pendidikan semuanya sama rata. Cuma individu tu sendiri yg malas berusaha. dari segi pencapaian kaum cina maju, india pon x kurang majunya. Ramai Dr., peguam dikalangan india. Ini menunjukan tiada berat sebelah dlm Malaysia. Jika nak dikatakan kuil dirobohkan adalah teruk...bagaimana pula dgn Masjid yg juga telah diroboh untuk tujuan yg sama? erm pikir lah secara logik, jgn terlalu kolot....Islam sentiasa mengikut peredaran zaman dan sentiasa logik. Tolak ansur pun penting....jgn jadikan isu perkauman utk mendapat faedah disebaliknye...buat ape lihat negara sendiri kucar kacir....nak ke Malaysia jadi seperti negara2 bergolak.....pikir2kan lah....tiada isu yg x dpt diselesaikan asalkan ia logik di pemikiran.....Patut bagi 2 pilihan je kat org yg merusuh ni......nak tinggal dlm malaysia secara aman atau nak status kerakyatan ditarik.....Rasenye baru aman Malaysia kot. PM harus tegas tanggani isu ni....Insyallah Malaysia akan terus aman...
 
Back
Top
Log in Register