BlueDream
Legendary Member

- Messages
- 12,911
- Joined
- Apr 11, 2007
- Messages
- 12,911
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
Tidak perlu haram Hindraf – PM
MUAR 8 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada keperluan untuk mengharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana ia bukanlah satu persatuan yang didaftarkan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan pada masa kini ialah pemantauan terhadap kegiatan kumpulan itu.
“Kita kena tengok dulu, dia ini bukan pertubuhan, Hindraf bukan satu persatuan yang didaftarkan, jadi soal hendak tarik balik atau haramkan kumpulan ini tidak timbul,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengharamkan kumpulan itu.
Abdullah yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Johor sejak semalam berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Program Kesejahteraan Rakyat peringkat negeri Johor di Dataran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota, Parit Raja di sini, hari ini.
Ditanya mengenai tindakan ahli-ahli Hindraf yang bebas ke luar negara (untuk mendapatkan sokongan asing) Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia bebas hendak ke mana-mana.
“Kita tidak menyekat rakyat (kita) keluar masuk negara ini, kecuali mereka yang mempunyai rekod jenayah dan pasport mereka ditarik balik, barulah mereka tidak dibenarkan keluar,” jelas beliau.
Mengenai lawatannya ke Johor, Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan hasil lawatannya ke negeri ini yang membabitkan beberapa program yang diterima semua penduduk.
Kata beliau, rakyat Johor menyambut baik tema program yang diatur sepanjang lawatannya kerana ia melibatkan semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Program yang diatur sepanjang lawatan ini mempunyai hubung kait dengan pembangunan dan pemerintahan yang dilaksanakan kerajaan BN menyentuh agenda membasmi kemiskinan di sini, industri kecil dan sederhana (IKS) di Batu Pahat, berkaitan pemerintahan UMNO di Pagoh dan berkaitan dengan pendidikan dan masyarakat Tionghua,” ujarnya.
Sepanjang lawatan dua hari itu, Abdullah menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Segamat dan Bakri selain merasmikan Ekspo IKS di Batu Pahat semalam selain merasmikan Kompleks Pekembar Pagoh pagi ini.
:-? :-? :-?
everything under control:-? :-?