BTC USD 83,492.7 Gold USD 4,186.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin HINDRAF Ditangkap

ini aku nak syer sikit maklumat ler, aku ada nyembang ngan budak india kat tempat keja aku semalam... pasal hindraf nih... mereka nak saman kerajaan british sebab bawak masuk diorang kat tanah melayu.... diorang tak puas ati pasal antaranya perobohan kuil kat malaysia nih(yg terbaru, kuil berusia 100 tahun kat kg jawa shah alam), lpas tuh pasal kenyataan hisyamudin nak tutup sekolah tamil, lpas tuh pasal peluang mereka berniaga (dpt kontrak kerja susah) kira double standard la... jadik dari ceritanya mereka bukan nak merusuh tp perhimpunan aman ler... mcm mahatma gandhi dapat kemerdekaan india... secara diplomasi... aku yea kan saja.... sebab aku ada ikut kes nih ... apa dia ckp aku yea kan saja... sebab aku nak maklumat... terrer x...

woooo....cenggini...
baru ler aku paham hasrat mereka ni....:-w :-w
p/s; tak pasai2 kl byk roadblock
 
isu terhangat di pasaran!
satu-satu isu jadik kat malaysia sejak dua menjak nih..

sorry but we are sumtimes being too -ve and arrogant! selfish and yet not satisfied with the peace environment (compared to others)..

yeah manusia memang camtuh.. aku pun! hoh.. ~X(
 
Berita Terkini...
Ni aku post dr akhbar BERITA HARIAN....


3 pemimpin Hindraf didakwa menghasut
Oleh Hardi Effendi Yaacob, Mohd Azis Ngah, Rafidah Md Ruzki, Nurhayati Abllah dan Fatin Hafizah Mohd Shahar


Polis beri amaran tindakan tegas jika sertai perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin Pasukan Tindakan Hak-Hak Hindu (Hindraf), ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Hasutan semalam kerana didakwa menghasut dalam satu ceramah di Kuala Selangor, pertengahan bulan ini.

Pengerusi Hindraf, Waytha Moorthy Ponnusamy, 41; abangnya yang juga peguam Hindraf, Uthayakumar Ponnusamy, 46; dan penasihat undang-undang Hindraf, S Ganapathi Rao Veramah, 34, ditahan di lokasi berasingan di ibu negara dan Selangor, semalam.

Ketiga-tiga mereka dipercayai turut terbabit dalam cubaan mempengaruhi pengikut Hindraf untuk menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan oleh badan berkenaan di depan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di sini, Ahad ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar, berkata penahanan tiga individu berkenaan dibuat mengikut Akta Hasutan kerana didapati menyampaikan ceramah yang menghasut serta boleh menggugat ketenteraman awam.

"Mereka adalah individu berpengaruh dalam Hindraf dan dipercayai cuba menggalakkan pengikutnya mengikuti perhimpunan haram yang akan diadakan Ahad ini.

"Perhimpunan itu tidak mendapat permit dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap orang awam yang terbabit secara langsung atau tidak langsung kerana ia adalah perhimpunan haram," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini, semalam.

Uthayakumar ditahan di pejabatnya di Bangsar, kira-kira jam 10.20 pagi semalam sebelum, bersama Ganapathy Rao dan Waytha Moorthy, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang, petang semalam.

Mereka dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan di Restoran Yun He, Sungai Rambai, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, pada 16 November lalu antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Tiga peguam itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 (pindaan 1969) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama. Sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Hakim Zunaidah Mohd Idris membenarkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM800 seorang dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya dari Putrajaya, Idris Mohd Yusuf, Fariza Hamzah dan Norizan Ariffin manakala tiga peguam itu diwakili M Manoharan.

Lebih 100 penyokong Hindraf berkumpul secara aman di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, sejak tengah hari bagi membantah penahanan tiga peguam terbabit. Mereka dipercayai datang dari sekitar Lembah Klang, berkumpul di pintu masuk utama IPK Selangor menunggu ketiga-tiga peguam itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang.

Kira-kira 50 pegawai dan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), anggota polis biasa dan anggota daripada Cawangan Khas, dilihat berkawal di pintu masuk dan di sekitar IPK Selangor bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pada jam 4 petang, penyokong pertubuhan itu melaungkan kata-kata 'peguam kami tidak bersalah' dan 'kami menyokong peguam kami' sebelum sebuah kereta peronda dan pacuan empat roda dilihat keluar untuk membawa tertuduh ke mahkamah, 10 minit kemudian.

Pada 7 November lalu, Hindraf mengemukakan permohonan untuk mengadakan perhimpunan di depan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di sini esok tetapi tidak diluluskan polis kerana dikhuatiri menjejaskan ketenteraman serta keselamatan awam.

Hindraf mendakwa perhimpunan itu dibuat bagi menyerah petisyen kepada Ratu Elizabeth II untuk membantu menyokong permohonan masyarakat India negara ini yang memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion Pound Sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan British.

Tuntutan itu difailkan di Britain 30 Ogos lalu kerana tindakan British membawa rakyat India ke Malaysia sebagai buruh kontrak dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun. Kerajaan British juga didakwa gagal melindungi hak kaum itu dalam Perlembagaan ketika memberi kemerdekaan Malaysia.

Kelmarin, Mahkamah Majistret di sini, mengeluarkan perintah sebelah pihak menghalang Waytha Moorthy, Uthayakumar dan Ganapathi Rao, serta dua lagi iaitu M Manoharan dan R Kengadharan serta semua pihak yang menyokong Hindraf daripada menganjurkan perhimpunan berkenaan.

Majistret Tasnim Abu Bakar membenarkan permohonan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Sarala Pillai dan perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah yang berkuat kuasa selama tujuh hari.

Mengikut perintah itu, sesiapa yang mengingkarinya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000.

Walaupun perintah itu meliputi kawasan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, tindakan juga boleh diambil mengikut Akta Polis 1967 terhadap sesiapa yang berhimpun di kawasan lain, kerana terbabit dalam perhimpunan haram.

Sementara itu, polis mula meningkatkan kawalan keselamatan di ibu negara semalam dengan mengadakan sekatan jalan raya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan penganjuran perhimpunan haram berkenaan.

Sekatan diadakan di hampir semua laluan ke ibu negara bagi memastikan tiada anasir tidak diingini cuba mengambil kesempatan mengadakan perkara menyalahi peraturan undang-undang, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Tinjauan Berita Harian di beberapa laluan utama memasuki ibu negara mendapati kesesakan teruk terutama pada waktu puncak berlaku di Jalan Kuching, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Pudu, Jalan Hang Tuah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Sungai Besi-Seremban.

Jurucakap trafik Jalan Bandar berkata, kesesakan dijangka bertambah teruk mulai hari ini berikutan orang ramai berpusu-pusu memasuki Kuala Lumpur kerana cuti hujung minggu. "Seramai 500 anggota dikerahkan bertugas 24 jam terutama di laluan strategik bagi memastikan kelancaran lalu lintas terutama menjelang hujung minggu ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20071123232457/Article
 
ehem..ehem..

Harap rakan2 India jgn memandang isu ni dr perspektif yg sempit.
Billionaire Malaysia T. Ananda Krishnan tu org apa?
Mcm mana dia buleh kaya? Dia duduk negara mana?

Kuil-kuil dimusnahkan. Ok, apasal xde sebut pun berapa byk pembinaan kuil2 baru sama ada secara sah atau sebaliknya.
Pls gunakan saluran yg betul spt parti politik, NGO, dsb.

aku rasa kalu kerajaan mengamalkan prejudis terhadap org India,
pasti x akan ada jutawan2 bangsa India, parti2 politik yg mewakili kaum India, dll.

Ttg nak mansuhkan Sekolah Tamil tu, aku rasa hanya ditimbulkan oleh pihak2 yg suka menimbulkan kekacauan.

just my 2 cent opinion

aku ada pi pc hishamuddin tun hussein..dia ckp bukannya nk mansuhkan sekolah tamil,tp sekolah yang x cukup murid kalau boleh tutup pastu murid2 kt situ gabung la dgn sekolah lain...tu yg dia ckp la :D
 
Aku setuju ngan tindakan polis kali ni, banteras sebelum parah. Barula cakap serupa bikin. Malaysia ni aman, kalau ada sesiapa yang nak gugat keamanan, cantas saje.
 
ada ke sesapa kat sini pergi perhimpunan tuh pagi tadie .. tadi aku tgk berita TV3 .. mereka dah berkumpul sejak pukul 6.30 pagi ... and FRU siap kasik gas pemedih mata dengan water cannon ... al-jazeera kuar macam mana pulak ?
 
Terbaru....

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh)- Amaran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan pagi ini akhirnya 'dipatahkan' oleh hampir 10,000 para peserta Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang berkumpul di pekarangan KLCC.

Biarpun usaha menghalang mereka daripada menghampiri bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata polis dan FRU, namun mereka tetap berhimpun di sekitar bangunan menara berkembar itu.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati perkhidmatan Sistem Laluan Ringan (LRT) tidak berhenti di stesen KLCC dan Ampang Park (Kompleks beli belah berhampiran dengan bangunan Suruhanjaya British) mengulangi kejadian sama ketika 10 NOvember lalu sewaktu himpunan rakyat diadakan.

Perkara ini dimaklumkan melalui notis yang ditampal di kaunter dan turut kelihatan di semua stesen LRT khususnya di Masjid Jamek, Titiwangsa dan Kampung Baru puluhan anggota polis sedang memantau pergerakan orang ramai yang keluar dari stesen masing-masing.

Keadaan ini menyebabkan orang ramai dan beberapa pelancong asing merungut kerana tidak dapat ke destinasi mereka malah terpaksa berhenti di stesen LRT dan berjalan kaki menuju ke KLCC ataupun Ampang Park.

Tinjaun juga mendapati gerabak tren LRT dipenuhi majoriti penumpang kaum India yang dipercayai sebahagian besarnya ingin menyertai himpunan tersebut.

Kebanyakan penumpang terpaksa berhenti di stesen Kampung Baru dan berjalan kira-kira hampir setengah jam untuk menyusuri kawasan perumahan dan Flat Kampung Baru untuk ke Jalan Yap Kwan Seng yang berhampiran dengan Jalan Ampang.

Kira-kira jam 10 pagi, sekumpulan FRU telah melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan gas pemedih ke kawasan Flat berhampiran Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Tun Razak bagi menyuraikan orang ramai khususnya para peserta Hindraf berkumpul di situ, dipercayai gagal untuk menuju ke Jalan Ampang yang telah ditutup oleh pihak polis.

Kedengaran pihak FRU menjerit mengarahkan mereka pulang manakala dalam masa yang sama terdapat juga beberapa peserta melaung dan mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati dengan tindakan FRU itu.

Keadaan itu juga menyebabkan para penghuni Flat tersebut menjadi sedikit kelam kabut dan terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah masing-masing untuk mengelak daripada terkena asap gas pemedih mata itu.

Turut kelihatan beberapa orang dipercayai penduduk kawasan Flat tersebut meletak meja, kerusi dan beberapa palang kayu panjang di pintu masuk jalan kecil ke arah Jalan Yap Kwang Seng bagi menghalang orang ramai lalu-lalang di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa kumpulan kecil berada di sekitar kawan Jalan Tun Razak yang dianggarkan jumlah kesemuannya menghampiri 1,000 orang yang sekadar memerhati kerana tidak dapat memasuki 'zon darurat Jalan Ampang' bermula di bangunan Empire Tower.
 
hoh tu kawasan opis lama gua tu huhu
ada cedera ke apa ke
 
biler nak abis benda nih....
dah penat aku layan roadblock kat kl nih...:(( :((
 
Back
Top
Log in Register