minggu ni betui2 tensen dengan keta ni..Vios Dugong tahun 2011
Masa mula2 beli dulu, rpm keta ni sebelum buka ekon, rpm dalam 1k
Bila buka ekon, jatuh la dalam 900/850
lepas tu tahun berganti tahun, rpm makin rendah dan duk main dalam 600/700 je lepas buka ekon..jadi enjin ada sedikit gegar tapi xde sebarang masalah lagi
Minggu lepas, balik dari kl, bila behenti kat trafic light, enjin drop dri rmp 700 ke 200 dan melantun balik ke 1k. Dua tiga kali camtu terus enjin mati. Start terus hidup dan banyak kali jugak la enjin mati kat t.light atau bila perlahan sangat(jem)
Bawak la ke kedai dan dia servis throttle body dari luar je.. Pastu dia cucuk kabel dan semua sensor ok tapi dia agak2 mgkin air flow sensor rosak sebab keaadaan masih sama. Habis RM70 upah tune dan cuci luar
Pastu call mmber kat kg yg mmg buat tuning ni, dia suh servis throttle body sekali lagi..tapi yg ni kena bukak la bukan setakat gosok2 dari luar je..
Semalam g servis balik t.body, pastu bawak ke kedai lain utk tuning pulak. Masalahnya bila check semua ok takde masalah.. Jadi dia pun xtau, mgkin saspek plug.. Tukar la plug tu kelmarin dan nampak cam ok.. Tapi pagi ni, bila enjin panas, jadi balik cam asal sebelum ni... Dah habis RM90(plug + tune) dan rm40(full servis t.body)
Tensen betul sbb dah la ada satu keta je..wife pulak yg guna ke sekolah dan sana sini..
Nampak gaya rabu ni, nak kena bawak ke SC kat chan sow lin jugak la. nak dengar apa kata toyota sendiri pasal ni..Ada ke sapa2 yang pernah alami camni