BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembunuhan Kejam Thomas Shipp & Abram Smith, 1930

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
The-lynching-of-Thomas-Shipp-and-Abram-Smith-Marion-Indiana-1930.jpg


FOTO yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional sekitar tahun 1930-an di Amerika Syarikat (AS) menggambarkan betapa kejam dan ganasnya isu perkauman yang melanda negara berkenaan ketika era itu.

Thomas Shipp, 18 dan Abram Smith, 19 telah digantung dikhalayak ramai pada 7 Ogos 1930 di Marion, Indiana selepas mereka disyaki suspek utama kes bunuh dan rogol melibatkan dua warga berkulit putih.

Malam sebelum kejadian mengerikan itu, tiga sahabat iaitu Thomas, Abram dan James Cameron, 16, ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pekerja kilang, Claude Deeter dan merogol teman wanitanya, Mary Ball.

Biarpun kes berkenaan masih belum disiasat sepenuhnya, ketiga-tiga mereka terus dibawa ke penjara Indiana.

Namun, penduduk kampung tetap tidak berpuas hati dan merasakan ketiga-tiga pesalah terbabit harus menerima hukuman pada malam itu juga.

9735fa4aa56f721f2a3ddfe4a0064932.jpg


Pada waktu itu, sekiranya seorang wanita berkulit putih dirogol oleh lelaki berkulit hitam, ia adalah tindakan yang lebih ‘berdosa’ dari membunuh menurut mereka.

Ribuan penduduk kampung mula membanjiri perkarangan penjara Indiana untuk mendesak syerif melepaskan tiga tahanan remaja terbabit.

Biarpun dihalang pihak berkuasa, rusuhan dari kalangan penduduk itu berjaya memecahkan pintu pagar utama penjara untuk mengheret ketiga-tiga suspek keluar.

Mereka kemudian dibelasah sehinga mengalami cedera parah sebelum dibawa ke sebatang pokok tempat di mana mereka bakal ‘dihakimi’.

Ketika itu, Abram cuba untuk meloloskan diri namun penduduk bertindak mematahkan kedua lengannya agar suspek tidak melakukan sebarang pergelutan.

Abram dan Thomas yang terkulai layu kemudian digantung pada dahan pokok, membuatkan penduduk kampung menyorak kuat seolah-olah ‘kejahatan’ telah diadili dengan sebenar.

Gambar yang dirakam jurufoto Lawrence Beitler itu turut memaparkan tindakan seorang individu menunding jari ke arah mayat, yang memberi maksud ancaman kepada penduduk kulit hitam agar tidak melakukan sebarang provokasi atau bakal menerima nasib sama.

Bagaimanapun, James yang merupakan suspek ketiga terselamat setelah seorang wanita tidak dikenali menjerit ke arah penduduk, menafikan bahawa remaja itu terlibat dalam kes pembunuhan mahupun perbuatan merogol.

Penafian daripada wanita berkenaan menyebabkan pemuda berusia 16 tahun itu tidak digantung, sebaliknya ditahan bagi melakukan siasatan lanjut berkenaan kes pembunuhan.

Selang beberapa minggu, Marry dalam perbicaraan mahkamah memberi keterangan bahawa dia tidak dirogol, membuatkan James hanya dikenakan empat tahun penjara akibat disyaki bersekongkol dengan suspek.

Kenyataan Marry itu memeranjatkan kerana masyarakat kampung yang mengamuk dan menyerang balai sherif beranggapan wanita itu telah dirogol.

Siasatan kemudian hari mendapati kemarahan orang ramai bukan berkisar kepada kejadian pembunuhan tetapi kepada berita bahawa Marry telah dirogol.

Hakikatnya kedua remaja berkulit hitam itu dibunuh atas kisah dan tanggapan yang tidak benar.

James dalam sebuah temu bual turut mengesahkan kedua rakannya itu, Shipp dan Smith ada menembak Claude sehingga mati.

Bagaimanapun, dia yang berada di tempat kejadian bertindak melarikan diri setelah menyedari perbuatan rakanya itu terlalu melampau.

James turut mengatakan, bahawa suara wanita yang datang dari penduduk pada malam kejadian hitam itu merupakan suara malaikat yang telah menyelamatkanya nyawanya.

Selepas kejadian itu, James banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja keagamaan dan keamanan.-MYNEWSHUB.CC

 
smp sekarang ada lg isu kaum kat sana.. mungkin ada umno kat sana.. hahaha
 
Ni baru sikit.

Kalau korang biasa tengok.

Orang kulit putih ni 'buru' orang kulit hitam macam haiwan.

Lepas bunuh...bergambar lagi.


Tu pasal Red Indian gelar 'White Devil'

Jahat sungguh mat saleh nie.


Manusia...animals by nature.

Islam sahajalah yang boleh kasi disiplin.
 
presiden trump mengembalikan semula amalan perkauman di US walau pun ianya boleh dikatakan hampir berjaya dihapuskan semasa pemerintahan Obama.
 
Sangat dahsyat isu perkauman di sana.
 
Nape nigger mat saleh rasis

Tapi cina x?

Kena blajaq dgn cina camne depa boleh blend dlm komuniti mat saleh
 
Nape nigger mat saleh rasis

Tapi cina x?

Kena blajaq dgn cina camne depa boleh blend dlm komuniti mat saleh

tn momoque, org putih (caucasian) anggap mana mana bangsa yg bukan orang putih adalah coloured people. coloured people ni org kulit hitam, asian, termasuk cina dsb..
sebenarnya sesetengah orang putih yg rasis mengamalkan rasis pada semua coloured people termasuklah cina..
cina pun susah gak nak blend dikalangan orang putih yg rasis

kalau org putih tu tak rasis, dengan semua org tak kira bangsa dan negara juga agama dia boleh masuk :)
 
Back
Top
Log in Register