Utusan Online: Beberapa petikan menarik pada hari pertama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam (03/02/2010):
DSAI
‘‘Tuduhan jahat, fitnah Yang Arif, evil frivoluos lies by those in power.’’ - Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertuduhan liwat dibacakan semula kepadanya.
‘‘Taubatlah!’’ - jerit salah seorang anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika menuju ke kandang saksi.
Saiful
‘‘Saya tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan,’’ - Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika ditanya kenapa dia meletakkan jawatan sebagai pembantu peribadi Anwar.
‘‘Can I f**k you today?’’ - Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas pembantu peribadinya ketika berada di meja makan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara yang merupakan tempat di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
‘‘What!’’ (Apa!) - Reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bekas pembantunya menolak pelawaan untuk melakukan hubungan luar tabii.
‘‘Beliau (Anwar) memeluk saya dalam keadaan saya berdiri.’’ keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
‘‘Saya tak jawab mana nak pergi, saya cuma kata ‘Mokhtar’.’’ kata Mohd. Saiful Bukhari dalam keterangannya berhubung kata laluan untuk masuk ke Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara.
‘‘Apabila Mohd. Saiful Bukhari masuk ke dalam unit kondominium tersebut, dia melihat tertuduh (Anwar) sedang duduk di meja makan seorang diri. Di unit kondominium ini, Mohd. Saiful Bukhari telah diliwat oleh tertuduh. Mohd. Saiful Bukhari meninggalkan unit tersebut kira-kira pukul 4 petang,’’ kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam kenyataan pembukaannya.
Karpal Sigh
‘‘Perbicaraan ini tidak wajar diteruskan. Mahkamah sepatutnya membenarkan penangguhan bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar permohonan untuk membatalkan pertuduhan. Perbicaraan ini tidak wajar dipercepatkan,’’ kata peguam Karpal Singh ketika memohon penangguhan.