feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
TEMERLOH - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada pemohon yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini, membuktikan bahawa pemberian itu bukan bertujuan memancing undi semasa pilihan raya umum ke-13.
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said berkata pihak pembangkang sebelum ini dilihat sentiasa memutarbelitkan apa jua tindakan kerajaan demi kepentingan politik mereka.
"Hari ini, seramai 98 orang di Parlimen Kuala Krau yang nama mereka tercicir sebelum ini, menerima bantuan BR1M, adakah ini bermotifkan pilihan raya?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata BR1M merupakan bantuan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat di negara ini tanpa mengambil kira fahaman politik, ideologi, bangsa dan agama.
Ismail yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata rakyat perlu bersyukur kerana memilih sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin dan berusaha meringankan bebanan rakyat.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk menambah lagi jumlah pemberian BR1M sehingga RM1,200 maka kita tunggulah.
"Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berjanji kosong, kerajaan akan melaksanakan apa jua yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13," katanya. - Bernama
sumber:http://www.sinarharian.com.my/pemberian-br1m-2-0-bukan-pancing-undi-1.171719