combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud
--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan pembayaran elaun Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) bagi meningkatkan kebajikan dan motivasi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti latihan pasukan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini sedang memuktamadkan perincian kaedah serta kelayakan bayaran berkenaan.
“Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kebajikan, motivasi dan profesionalisme sukarelawan muda negara,” katanya.
Mustapha berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-74 yang bertemakan “APM Nadi Kesiapsiagaan Masa Hadapan”di Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya APM Mohammad Abiddin Abd Rahman ketika ditemui pemberita berkata keutamaan pemberian elaun tersebut adalah kepada pelajar yang berada di tahun akhir sebelum diperluaskan secara berperingkat berdasarkan peruntukan sedia ada.
Beliau berkata amaun elaun tersebut telah dimuktamadkan mengikut kadar elaun anggota sukarelawan sedia ada, iaitu RM8 bagi setiap jam latihan yang diikuti.
“Sehingga kini terdapat sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 14 Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menubuhkan Kor Sispa di seluruh negara,” kata Mohammad Abiddin.
Katanya, setakat ini kira-kira 22,000 penuntut telah mengikuti latihan Kor SISPA dengan 1,100 daripada mereka merupakan penuntut tahun akhir.
Sementara itu Mustapha menekankan bahawa APM perlu terus menambah bilangan anggota dan asetnya bagi memastikan kesiapsiagaan agensi tersebut berada pada tahap optimum dalam mendepani cabaran bencana yang kini dilihat semakin kritikal.
Kerajaan Lulus Pemberian Elaun Penuntut Ikuti Latihan Kor SISPA
APM, Kor SISPA, elaun, IPT, HUTPA, pertahanan awam