BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembelian kereta second hand

1. Urusan Puspakom – pastikan datang super awal dan buat booking terlebih dahulu di Puspakom berhampiran dan cakap untuk urusan pertukaran hak milik. Bawa bersama geran asal kenderaan dan kad pengenalan. Tunggu pemeriksaan selesai, akan dapat laporan pemeriksaan dengan harga bayaran RM30. Jangka masa : 1-2 jam, bergantung kepada queue.

2. Urusan Insuran – setelah selesai Puspakom, bersama-sama pembeli kenderaan anda, sila ke cawangan insuran kenderaan anda. Batalkan insuran anda. Pastikan anda dapat surat penyata NCD. Pembeli anda perlu mengisukan insuran baharu selepas anda membatalkan yang anda. Jangka masa : kalau tak ada orang, 1/2 jam siap.

3. Urusan JPJ – isi siap borang tukar hak milik secara sukarela (dapatkan di kaunter JPJ atau download di laman web JPJ). Bawa bersama kad pengenalan anda, laporan Puspakom tadi, surat pembatalan hak milik asal dari bank anda selesaikan hutang kereta dahulu dan geran kenderaan asal. Seterusnya pembeli anda juga perlu sediakan kad pengenalan pembeli dan cover note insuran yang baru diambil tadi. Oh ya, pembeli kena datang sekali bersama-sama anda. Sediakan RM100 untuk proses di JPJ ini. Jangka masa : Bila dah di kaunter, tak sampai 5 minit pun. Pastikan semua dokumen lengkap.

4. Selesai. Pembeli akan dapat geran dengan namanya, dan pastikan pembeli dah bayar dulu semuanya sebelum tukar nama di JPJ, kalau anda taknak di tipu (mungkin). Surat NCD tadi anda boleh gunakan untuk transfer ke kereta baru.

Yeszaa!:)cgrock

dan kata kan lah kereta ada baki loan dan pembeli nk beli secara cash,
proses akan jd lambat sikit sebab full setelment mengambil masa dalam 3-4hr.
bermakna, perlu full setelment dahulu dan selesai full setelment bank akan terus membatalkan hak milik bank yg online terus ke JPJ.

seterusnya,lepas pembatalan bank tu (yg amik ms 3 hr) owner dan bakal owner perlu buat insuran kemudian terus ke JPJ utk tukar nama..
mcm biasa, kat JPJ siap2 la bawak powerbeng..menapak nunggu:p~X(
 
kalau insurans dengan road tax belum tamat lagi macamana nak buat ya?
 
kalau insurans dengan road tax belum tamat lagi macamana nak buat ya?

insurans owner yg lama perlu di terminate kan..lpstu dptkn NCD dr tmpt insuran tu..
rugi klau NCD full..

kemudian lps terminate insuran lama, terus buat insuran baru utk bakal owner dah lepas tu kt jpj time tukar nama boleh terminate roadtx lama gantikan dgn yg baru..

hasilnya roadtax dan insuran akan sama..mudah nk buat roadtx dgn insuran tahun depan nya pulak
:D
 
terbaik. boleh tak buat sebelum puspakom?
 
terbaik. boleh tak buat sebelum puspakom?

alamak tu x pasti pula..
rs yg terbaik..
1)buat setelment (klau cash) dan dptkan geran
2)insuran baru dan terminate insuran owner lama
3)tukar nama+roadtax baru:D
 
aku pun beli kete second hand je. semua buat sendiri. alhamdulillah xde mslh saman dr owner lama dan kereta berfungsi baik. nak beli kete baru tapi aku mls nak hadap hutang bulan2 tu..tahniah TT!
 
Back
Top
Log in Register