Haaa tt..nt nk tukar nama mcmne?
Puspakom owner dh siap ke?
Lps tu terus g jpj ke atau buat insuran dlu?
1. Urusan Puspakom – pastikan datang super awal dan buat booking terlebih dahulu di Puspakom berhampiran dan cakap untuk urusan pertukaran hak milik. Bawa bersama geran asal kenderaan dan kad pengenalan. Tunggu pemeriksaan selesai, akan dapat laporan pemeriksaan dengan harga bayaran RM30. Jangka masa : 1-2 jam, bergantung kepada queue.
2. Urusan Insuran – setelah selesai Puspakom, bersama-sama pembeli kenderaan anda, sila ke cawangan insuran kenderaan anda. Batalkan insuran anda. Pastikan anda dapat surat penyata NCD. Pembeli anda perlu mengisukan insuran baharu selepas anda membatalkan yang anda. Jangka masa : kalau tak ada orang, 1/2 jam siap.
3. Urusan JPJ – isi siap borang tukar hak milik secara sukarela (dapatkan di kaunter JPJ atau download di laman web JPJ). Bawa bersama kad pengenalan anda, laporan Puspakom tadi, surat pembatalan hak milik asal dari bank anda selesaikan hutang kereta dahulu dan geran kenderaan asal. Seterusnya pembeli anda juga perlu sediakan kad pengenalan pembeli dan cover note insuran yang baru diambil tadi. Oh ya, pembeli kena datang sekali bersama-sama anda. Sediakan RM100 untuk proses di JPJ ini. Jangka masa : Bila dah di kaunter, tak sampai 5 minit pun. Pastikan semua dokumen lengkap.
4. Selesai. Pembeli akan dapat geran dengan namanya, dan pastikan pembeli dah bayar dulu semuanya sebelum tukar nama di JPJ, kalau anda taknak di tipu (mungkin). Surat NCD tadi anda boleh gunakan untuk transfer ke kereta baru.