EzY-eLoaD
Legendary Member

- Messages
- 12,747
Paid Membership
- Joined
- Aug 1, 2008
- Messages
- 12,747
- Reaction score
- 18
- Points
- 115
RIYADH: Pegawai konsul Filipina di Jeddah meminta pihak berkuasa Arab Saudi menyelamatkan seorang lagi rakyat negara itu yang mendakwa dirogol berulang kali oleh majikannya di Taif.
Kes itu sama dengan yang berlaku Sabtu lalu apabila pegawai berkenaan menyelamatkan seorang wanita Filipina yang menjadi mangsa rogol.
Pegawai berkenaan, Leo Tito L Ausan Jr berkata, pihaknya memberi nama suspek kepada pihak berkuasa yang akan menyelaraskan tindakan bersama dengan polis di Taif.
Sebaik dapat mengesannya, balai polis tempatan akan dimaklumkan. Pegawai kemudian akan memanggil suspek dan pembantu rumah itu untuk disoal siasat.
Menurut akhbar Arab News, pembantu rumah itu tinggal di daerah Salamah di wilayah berkenaan.
“Jika ada bukti menunjukkan suspek merogol wanita itu, dia akan ditahan,” kata Ausan.
Pembantu rumah berkenaan menelefon akhbar terbabit beberapa hari lalu untuk mengadu mengenai perbuatan majikannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Dia mendakwa dirogol sejak mula bekerja dengan keluarga itu tiga tahun lalu.
Menurutnya, isteri majikannya, guru warga Saudi, melayaninya dengan baik sepanjang dua tahun pertama bekerja.
Bagaimanapun, selepas kembali daripada bercuti, dia dilayan secara kasar oleh wanita berkenaan.
“Dia memarahi saya setiap hari walaupun kerana masalah yang paling remeh. Bagaimanapun, dia tidak memukul saya. Tetapi saya sudah bertekad mahu pulang ke Filipina,” katanya. - Agensi