BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembantu Pengurus Syarikat Rugi RM163,500 Ditipu Dalam Talian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Pembantu Pengurus Syarikat Rugi RM163,500 Ditipu Dalam Talian​

49d6fbcddf14069b9561e757fb185d7561264a51be936


Seorang pembantu pengurus syarikat swasta kerugian RM163,500, selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud ditawarkan menerusi laman sosial pada Mac.

Ketua Polis Daerah Nilai  Supt Johari Yahya berkata wanita tempatan berusia awal 40-an itu membuat laporan polis pada 6.33 petang semalam, selepas menyedari ditipu sindiket berkenaan.

Beliau berkata mangsa tinggal di Kajang itu, memaklumkan telah berurusan dengan individu tidak dikenali di laman Facebook yang menawarkan skim pelaburan saham dengan menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi dikenali sebagai ‘AB Limited’ ke dalam telefon bimbit, sebelum membuat beberapa transaksi pindahan wang ke akaun diberikan suspek, melibatkan jumlah keseluruhan RM163,500.

“Mangsa menyedari ditipu selepas beberapa kali cubaan untuk mengeluarkan keuntungan menerusi aplikasi itu namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana pelaburan selain tidak memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali.

 
Back
Top
Log in Register