BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Maut Di Segamat Direman Empat Hari

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
09b4d713e7d46a359885b623d9e6b37769cf079c57815

kredit : JBPM Johor

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu, petang semalam direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Jumazanzahir Chek Ismail ketika dihubungi berkata perintah reman hingga Isnin terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Johar di Mahkamah Majistret Segamat hari ini.

Beliau berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu ialah pasangan suami isteri dan pemandu van.

“Si mati adalah pemandu yang juga abang kepada wanita daripada pasangan suami isteri itu manakala dua mangsa yang cedera ialah cucu kepada pemandu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata kemalangan berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki melanggar bahagian belakang sebuah van dinaiki kesemua mangsa.

Akibat pelanggaran itu, van berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.

Hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu treler itu positif terhadap dadah jenis methamphetamine manakala kemalangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register