BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu maut digilis lori sendiri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,242
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,242
Reaction score
1,659
Points
201
Pemandu maut digilis lori sendiri
FB_IMG_1650576046409.jpg

PENDANG, KEDAH: Seorang pemandu lori maut selepas digilis lori miliknya sendiri selepas kenderaan itu menggelungsur ke hadapan di kawasan kuari Bukit Perak, di Sungai Tiang, hari ini.

Mangsa, Mohd Sokeri Md Isa, 51, dari Sungai Tiang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah digilis kenderaan berat itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian jam 8.20 pagi mangsa sedang memuatkan lori yang dipandunya dengan muatan batu kasar di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, beliau berkata, mangsa sedang mengikat tali kanvas pada lori berkenaan namun secara tiba-tiba lori itu menggelungsur ke hadapan.

"Mangsa cuba memanjat ke tempat duduk pemandu untuk menghentikan kenderaan itu namun terjatuh dan digilis oleh lori berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lori mangsa terbabas dalam kawasan pagar kuari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur khianat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.47 pagi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggotanya dari BBP Pendang mendapati kejadian itu membabitkan kemalangan sebuah lori 10 tan melanggar pagar kuari.

"Komander Operasi kemudian menemui mangsa dipercayai pemandu lori itu dalam keadaan rebah dan terbaring di dalam tapak kuari," katanya.

Sumber: BERITA HARIAN
 
Back
Top
Log in Register