hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,259
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,259
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
PEMANDU LORI PEMBANCUH SIMEN MAUT
5.12.2023: JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 3.59 petang yang berlaku di Kampung Serudung Baru, Jalan Lucia, Tawau, Sabah.
Pasukan Bomba daripada BBP Tawau telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Menurut Komander Operasi, PBK I Rosliee bin Suyut, sebuah lori pembancuh simen telah terbabas dan terbalik. Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun telah tersepit.
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM tidak lama selepas itu. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia