balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GEORGETOWN - Seorang pemandu limousin kerugian hampir RM2,000 apabila disamun dua lelaki di Jalan Perak di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa yang berusia 51 tahun sedang menunggang motosikal ke tempat kerja sebelum ditahan dua lelaki.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa menyangkakan kedua lelaki berkenaan yang turut menunggang motosikal adalah polis dan memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.
"Ketika mangsa mahu mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu secara tiba-tiba salah seorang daripada lelaki itu mengeluarkan pisau dan mengacu ke arah pinggangnya.
"Kedua-duanya kemudian merampas beg galas mangsa yang mengandungi wang tunai dan telefon bimbit sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, mangsa tidak dapat mengecam kedua-dua lelaki berkenaan berikutan kejadian berlaku dengan pantas dan tidak sempat mengambil nombor plat motosikal yang digunakan.
Mior Farid berkata, pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan lelaki berkenaan.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut mengikut Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan," katanya.Bernama