BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluntur tepung selamat.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Putrajaya: Bahan peluntur ‘Benzoyl peroxide’ (BP) selamat digunakan jika kadarnya tidak melebihi 75 miligram (mg) dalam kuantiti satu kilogram (kg) tepung gandum, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, kadar BP itu sama seperti yang ditetapkan oleh Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah program bersama standard pemakanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO).

Beliau berkata, penggunaan kadar BP di bawah 75mg dalam kuantiti satu kilogram tepung tidak akan memudaratkan kesihatan pengguna kerana ia hanya sekadar pewarna.

“Ia bertindak memutihkan tepung gandum dan jika tidak digunakan, warnanya (tepung gandum) menjadi gelap, itu sahaja.

“Sehubungan itu, tepung gandum di negara ini yang menggunakan BP di bawah 75mg masih boleh dikategorikan sebagai selamat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Torasik dan Kardiovaskular Malaysia (MATCVS) ke-16 di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Persidangan selama tiga hari bermula kelmarin itu dihadiri oleh pakar dari luar negara bagi membahaskan kemajuan dan perkembangan terkini di seluruh dunia bersama pakar bedah jantung tempatan.

Baru-baru ini, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan BP dalam tepung gandum yang dijual di negara ini.

Ia susulan daripada pendedahan dibuat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengenai penggunaan BP memutihkan tepung yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan pengguna.

Bagaimanapun Dr Hilmi berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama KPDNKK untuk membincangkan sama ada tepung gandum akan diharamkan atau sebaliknya selepas ini.

http://www.hmetro.com.my/node/5515
 
biasa peluntur digunakan untuk memutihkan tepung.. sbb warga tepung gandum yang asli warna kekuning sikit.. so..biasa kalau nak tepung putih sangat 2.. biasa mesti overdose peluntur digunakan
 
Tak yah letak la.

Nanti nak buat cucuq, atau roti canai, kena minyak tepung akan jadi kuning juga.

Zaman seakrang hampir semua benda yang kita makan ada racun.
 
ada pendapat mengatakan gandum tu gandum gred rendah. sebab tu perlu dicuci dengan peluntur. contoh jenama cap kunci, bunga cempaka, tepong subsidi.

sebagai bandingan tepong gandum faiza putih melepak tanpa tambahan peluntur.
 
ada pendapat mengatakan gandum tu gandum gred rendah. sebab tu perlu dicuci dengan peluntur. contoh jenama cap kunci, bunga cempaka, tepong subsidi.

sebagai bandingan tepong gandum faiza putih melepak tanpa tambahan peluntur.

patut laa cap kunci murah

cap sauh mahal
 
1kg xblh lbh 75gram bp.klu ckp sebln 2kg dh jd 150bp.1 kebod.ohan menteri ni x bg statement yang jelas. 75bp ni brape lm bertahan dlm tbh manusia?klu sehari mkn se kg wat cekodok dh ada lbh kurg 75bp.klu esok mkn lg.lusa n tulat cmne???? p/s "apabila ikan disuruh memanjat pokok" begini la jd pd otak2 menteri.sel otak tidak berhubung.
 
****** la KKM....selamat abah dia...awat dia pantau hari2 ka 75g tu? phui...gila la malaysia...makan racun hari2...yg dok kat ataih tu sedap kangkang makan rasuah...phuii
 
75mg adalah tinggi, patutnya direndahkan lagi, 15mg-25mg, barulah dianggap rendah.
 
Back
Top
Log in Register