BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Pelitup muka murid usang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
116342440_297417208013855_9070767336922216202_n.jpg


117111705_297417264680516_1003558860061237252_o.jpg


“Kotor Dan Siap Berjahit Lagi Tali Dia,” Guru ‘Terdiam’ Tengok Pelitup Muka Muridnya Yang ‘Usang’

Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini, banyak negara yang telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan daripada terus menular.

Ianya termasuklah Malaysia. Bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Sekiranya pihak berkuasa mendapati bahawa ada yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka itu, mereka boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang ingkar.

Pun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka. Seperti yang dikongsikan oleh seorang guru bernama fazri_hassan ini, dirinya terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.
 
betul tu..tak semua mampu...kalau anak ramai....cth...5 sekolah...campur mak ayah ada 7 org...setiap hari kena pakai mask.....berapa dah kos....semoga ada jutawan kat malaysia ni ambil peranan derma kat sekolah....
 
Ismail Sabri berkata kerajaan menyedari keadaan masyarakat, terutama golongan B40 yang mungkin tidak dapat menampung perbelanjaan membeli pelitup muka pakai buang.



'Pelajar belum diwajibkan pakai pelitup muka kerana akan bebankan keluarga miskin'



Diterbitkan Hari ini 3:54 pm

Kerajaan belum mewajibkan pelajar sekolah memakai pelitup muka pada waktu persekolahan memandangkan ia akan memberi beban kewangan bagi mereka yang tidak mampu, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, ini juga kerana sekolah-sekolah berada di bawah pemantauan ketat terhadap garis panduan penjagaan kesihatan untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19.
"Memang penggunaan pelitup muka untuk pelajar sekolah tidak diwajibkan kerana amalan penjarakan sosial diamalkan di sekolah dengan SOP yang ketat. Namun digalakkan (untuk memakainya).

"Bukan tidak akan (wajibkan). Belum lagi. Kementeriak Kesihatan sedang mengkaji mask yang boleh dicuci untuk kegunaan pelajar.

Mask berharga lebih RM1 sehari akan membebankan keluarga miskin," katanya dalam pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Ismail, yang merupakan Menteri Kanan yang bertanggung jawab atas kluster keselamatan, berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan mengenai isu garis panduan pelitup muka setelah kerajaan mewajibkan orang ramai memakainya mulai bulan ini.

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin pada hari Selasa memberitahu Dewan Rakyat bahawa pihaknya belum mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi pelajar sekolah dan sedang membincangkan penggunaan pelitup muka yang boleh digunakan semula.

Ismail berkata kerajaan menyedari keadaan masyarakat, terutama golongan B40 yang mungkin tidak dapat menampung perbelanjaan untuk membeli topeng muka sekali pakai untuk penggunaan harian.

Menteri itu memberi contoh kisah tular seorang guru di Sandakan, Sabah yang mendapati bahawa salah seorang murid keperluan khasnya memakai topeng muka yang kotor di sekolah kerana keluarganya tidak mampu membeli yang baru.

"Itulah sebabnya kita tak boleh wajibkan lagi pemakaian mask di tempat umum, kecuali di tempat sesak dan dalam pengangkutan awam. Jika tidak ramai orang miskin kena saman," katanya.
 
SOP kat sekolah wajib pakai pelitup muka. hurmmmm... tak pakai tak dapat masuk sekolah
 
Back
Top
Log in Register