BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelincir halal pertama Malaysia

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Tengku NONG FATIMAH SULTAN AHMAD SHAH mendengar penerangan daripada Yuslie Mohd. Yusof (kiri) mengenai produk Halalube ketika melawat gerai pameran Nafas sempena MAHA 2014 di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam. – utusan/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memperkenalkan minyak pelincir pemprosesan pertama yang diiktiraf halal iaitu Halalube.

Produk Halalube adalah 100 peratus jenama Malaysia yang dipasarkan untuk kegunaan melancarkan mesin pembuat makanan, kompresor, gear serta bertindak sebagai minyak hidraulik dan mi*nyak rantai.

Selain digunakan dalam industri makanan dan minuman, minyak pelincir Halalube turut memberi manfaat kepada industri farmasi dan penjagaan kesihatan di negara ini.

Pengurus Besar Nafas, Yuslie Mohd. Yusop berkata, mi*nyak pelincir tersebut sesuai untuk pasaran Malaysia yang terkenal sebagai pengeluar makanan halal terkemuka dan pengeksport antarabangsa kerana tidak me*ngandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) **** serta bebas daripada bahan kimia beracun.

“Kadangkala minyak pelincir yang tidak diketahui status halalnya digunakan untuk melancarkan mesin makanan, lalu menitis ketika proses penghasilan makanan kering. Walaupun dalam kuantiti sedikit, namun memberi kesan besar kepada pengguna. Oleh itu, minyak pelincir haruslah halal dan bebas daripada racun serta DNA ba.bi.

“Di samping itu, penggunaan minyak pelincir sedia ada turut boleh memberi kesan kanser dalam tempoh jangka masa panjang. Sebagai pengeluar, semua elemen kesihatan dan halal telah diambil kira semasa proses pembuatan minyak pelincir Halalube,” katanya ketika ditemui di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang dekat sini hari ini.

Turut berangkat sama me*nyaksikan gerai pameran Nafas ialah anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah yang memberi sokongan terhadap inisiatif agensi itu dalam menjaga kesucian makanan halal.

Menurut Yuslie, minyak pelincir gred biasa akan memberi kesan kepada kesihatan walaupun dalam kuantiti sedikit kerana mengandungi racun berbanding Halalube yang selamat digunakan kerana tidak mengandungi komponen minyak biasa.

Tambahnya, harga pasaran Halalube juga lebih murah iaitu 20 hingga 30 peratus berbanding produk sejenisnya kerana dihasilkan pengusaha tempatan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...pertama-malaysia-1.30457#sthash.aISnSEgf.dpuf
 
Baguslah.....next dptkan HACCP certification. Insha Allah boleh pasarkan oversea...
 
laa kt meru je kilang tk pernah nampak pun hehe
 
aku pun dah pikir lain..minyak pelincir apa yg nak kena halal ni...
 
ini maknanya kenderaan kita wajib minum 'pelincir halal'
supaya pemanduan kita menjadi halal tanpa waswas
aku pun takpahamapayangakutaipni
 
Back
Top
Log in Register