BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pele Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
30.12.2022 - Global, Ikon bola sepak Brazil Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

“Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kami menyayangi anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” tulis anak perempuan Pele, Kely Nascimento di Instagram.

Hospital Albert Einstein yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh ‘kegagalan pelbagai organ.’ Dinobat sebagai atlet abad ini oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1999, Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.

Digelar “O Rei” (Raja), dia menjaringkan lebih 1,000 gol dalam kerjayanya yang paling terkenal sebelum bersara pada 1977. Kesihatan Pele semakin merosot seleps dia bertarung dengan masalah buah pinggang serta kanser kolon, dan menjalani pembedahan terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi. Pelbagai reaksi diberikan oleh komuniti bola sepak dunia sejurus selepas berita kematian legenda Brazil itu diumumkan.

Bintang penyerang Brazil, Neymar berkata, Pele telah ‘mengubah bola sepak menjadi seni.’

Bintang Perancis, Kylian Mbappe pula berkata, legasi legenda itu ‘tidak akan pernah dilupakan’, sambil menambah: “RIP RAJA.”

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes, Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.

Ibu bapa Pele menamakannya sempena pencipta lampu Amerika Syarikat, Thomas Edison. Pele sudah menyerlahkan pesonanya sejak berusia 15 tahun, apabila dia mula bermain secara profesional bersama Santos. Dia mengetuai kelab itu dengan pelbagai gelaran, termasuk Piala Antara Benua berturut-turut menewaskan Benfica pada 1962 dan AC Milan pada 1963. Dikenali sebagai genius bola sepak, dia melambangkan gaya permainan yang dipanggil ‘bola sepak samba’ di Brazil, di mana dia diisytiharkan sebagai ‘khazanah negara.’

Pele menjaringkan rekod sepanjang masa 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan untuk Santos (1956-74), pasukan kebangsaan Brazil dan New York Cosmos (1975-77).

Tetapi di luar rekodnya, dia akan diingati kerana merevolusikan sukan itu, nombor 10 yang sentiasa ada di belakangnya.

pele2.jpg

Berita asal https://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/legenda-bola-sepak-brazil-pele-meninggal-dunia/
 

Brazil umum 3 hari berkabung susulan kematian Pele​

30 Disember 2022 10:34am
Masa membaca: 1 minit

2039494.jpg


Brazil mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.


BRAZIL mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.

"Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,” lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.

Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata, Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.

Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.

Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.

Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Januari di Memorial Necropole Ecumenica.

Pencapaian "Raja Bola Sepak" belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama

 
Back
Top
Log in Register