BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Pelancaran Program e Belia

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Muhyiddin Yassin

3j ·

Majlis Pelancaran Maya Program eBelia
Disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia

Tengku Zafrul telah bersiaran langsung.​

4j ·

Majlis Pelancaran Maya Program eBelia
Disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia
 
4 juta pengguna, 36,000 peniaga daftar e-dompet
01 Jun 2021

1622525672468.png

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

SHAH ALAM - Kerajaan berharap momentum positif dapat diteruskan menerusi program e-Belia sebagai kesinambungan kepada program ePenjana dalam memacu peralihan digitalisasi kewangan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program ePenjana yang dilaksanakan pada tahun lepas menyaksikan pendaftaran empat juta pengguna e-dompet baharu malah lebih daripada 36,000 peniaga mendaftar dengan penyedia e-dompet.
“Pada masa kini, pelbagai aspek kehidupan harian kita telah beralih kepada aplikasi digital bagi mempermudah dan mempercepatkan pelbagai perkara.

"Ini termasuklah cara kita membuat pembelian, sama ada menerusi platform dalam talian atau di kedai-kedai melalui bayaran tanpa tunai,” katanya dalam ucapan pelancaran program e-Belia secara maya pada Selasa.

Hadir sama dalam program tersebut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ketua Pengarah Eksekutif BigPay, Salim Danani; Ketua Pengarah Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah; Ketua Pengarah Eksekutif Touch n Go E-Wallet, Ignatius Ong dan Ketua Pengarah Eksekutif Shopee Pay, Alain Yee.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, melalui tinjauan umum baru-baru ini, pihaknya mendapati orang ramai menggunakan lebih daripada satu e-dompet.

Beliau berkata, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam e-Belia secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dan jaringan lebih satu juta peniaga sama di dalam dan di luar talian.

“Jaringan yang kukuh dan luas ini juga membolehkan program e-Belia ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara dan mencapai lebih ramai belia dan pelajar,” katanya.

Memandang ke hadapan, beliau berkata, kerajaan akan mengutamakan belia dalam merangka Belanjawan 2022, di mana proses perangkaannya sudah pun bermula.

“Seperti tahun lalu, kita juga akan mengadakan sesi libat urus dengan golongan belia bagi merangka Belanjawan 2022,” ujarnya.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta juga perlu diteruskan khususnya dalam menjayakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.

“Program e-Belia juga tidak akan berjaya tanpa kerjasama penuh dari syarikat penyedia e-dompet dan beberapa kementerian yang terlibat.
“Ini termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Masing-masing telah membantu pihak Kementerian Kewangan (MOF) dari sudut komunikasi program serta pengurusan data bagi menjayakan program ini,” katanya.

Bnyk dh program belia pusing mai pusing pi....yg kt mau apa keberkesanan dn kesan langsung program2 belia nie....jgn gah di atas kertas ja....tp penyampain hampeh...jd syok sendiri
 
Nak try jugak la apply program gini
Atau untuk B40 je
 
PROGRAM eBelia | Peruntukan RM300 Juta Untuk 2 Juta Rakyat Berusia 18-20 Tahun

Program eBelia dengan peruntukan RM300 juta dijangka memanfaatkan dua juta rakyat berusia 18 hingga 20 tahun, serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan belia diyakini boleh mempelopori kaedah pembayaran tanpa tunai, sekali gus mendorong peniaga lain untuk menggunakan kaedah pembayaran sama.

#TECH: Here's how to claim your RM150 eBelia credit

#TECH: Here's how to claim your RM150 eBelia credit​

June 1, 2021 @ 4:33pm
1622537186546.png

1622537195975.png

1622537204539.png

1622537214494.png

KUALA LUMPUR: Starting today, eligible Malaysian students across the country will be able to claim their RM150 eBelia credit from the Government, and this can be done via these four e-wallets, namely Touch n' Go e-wallet, Boost, ShopeePay and BigPay.

The Government has allocated a total amout of RM300 million for this initiative, which is under the Pemerkasa financial aid package.

This would enable 2 million Malaysians aged 18 to 20 or fulltime students from higher learning institutions to receive a RM150 credit from the four e-wallet service providers.

Each individual can only claim from one e-wallet.

How to do it

1. Download one of the e-wallets - BigPay, Boost, Shopee atau Touch 'n Go eWallet

2. Click on the eBelia section and fill in your details

3. Claim can be done from June 1, 2021 until July 22, 2021

4. Once your claim is successful, RM150 will be credited into your e-wallet account

5. The credit must be utilised by July 31, 2021

tech-heres-how-claim-your-rm150-ebelia-credit
 
Back
Top
Log in Register