BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelan sektor perkhidmatan dirangka

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mustapa ketika membentangkan halangan perdagangan dan pelaburan Malaysia-India dan Asean-India serta cara mengatasinya, semalam.​

BAGI meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada nilai eksport negara, kerajaan sedang merangka pelan induk melibatkan sektor berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangunan pelan induk tersebut amat penting memandangkan negara kini lebih banyak mengimport aktiviti-aktiviti sektor perkhidmatan berbanding mengeksport.

"Kita boleh lihat sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi negara amat baik, namun kita harus tahu sumbangannya dari segi eksport masih rendah.

"Negara kini lebih banyak mengimport aktiviti sektor perkhidmatan melibatkan profesional seperti kejuruteraan, arkitek, perkhidmatan guaman dan konsultasi berbanding mengeksportnya ke luar," katanya ketika Forum Perniagaan Asean-India 2015 di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, kini perkhidmatan seperti kejuruteraan dan arkitek menawarkan potensi pasaran serantau yang baik dan syarikat tempatan perlu mengambil kesempatan.

"Dari segi perkhidmatan guaman pula, terdapat hanya dua firma guaman tempatan yang membuka pejabat perkhidmatan di Asean. Tetapi perkembangannya agak perlahan," katanya.

Mengulas mengenai hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia-India dan Asean-India, Mustapa berkata, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang perlu di atasi.

"Antara halangan yang kita dihadapi adalah dari segi import dan eksport yang masih kecil berbanding rakan Asean yang lain walaupun saiz pasaran yang ada besar.

"Perdagangan dua hala yang rendah akibat kurangnya interaksi antara sektor perniagaan juga merupakan halangan yang perlu kita atasi," katanya.

Bagi mengatasi cabaran tersebut, Mustapa mencadangkan kedua-dua negara perlu memanfaatkan rantaian sektor perniagaan menerusi pembabitan dalam majlis-majlis perniagaan.

"Kita perlu menarik pelabur melalui misi perdagangan dan pelaburan ke negeri yang dikenal pasti di India dengan memberi keutamaan kepada sektor sasaran," katanya.
 
Back
Top
Log in Register