Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam Persekutuan yang berkuat kuasa semalam, berjalan lancar dan tidak menjejaskan perkhidmatan yang diberikan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata tempoh pelaksanaan BDR belum ditentukan dan memerlukan masa untuk menilai impak pelaksanaannya.
“Seperti yang kita sedia maklum, BDR yang bermula semalam berjalan lancar dan laporan media juga menunjukkan pelaksanaannya tidak menghadapi masalah.
“Ia tidak menjejaskan perkhidmatan yang diberikan tapi sebenarnya untuk kita lebih jelas tentang impaknya, kita perlu mengambil sedikit masa, mungkin selepas seminggu, apabila data yang lebih menyeluruh dapat diperoleh bagi menilai keberkesanannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Sejenak Bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di sini, hari ini.
Pelaksanaan dasar BDR bagi penjawat awam Persekutuan berkuat kuasa semalam, merupakan sebahagian langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan berkata program seminar berkenaan merupakan platform mempertemukan pemimpin untuk berkongsi pengalaman bersama penjawat awam.
“Hasil perkongsian ini diharapkan dapat menjadi panduan serta hala tuju kepada penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Program seumpama ini merupakan kesinambungan daripada program terdahulu yang dijenamakan semula dengan pendekatan baharu,” katanya.
Pelaksanaan BDR Berjalan Lancar, Tidak Jejas Perkhidmatan - KPPA
KPPA, penjawat awam, BDR, dasar, perkhidmatan