BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201

Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia pada jam 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung.

Allahyarham berusia 72 tahun.

Menurut anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar, 46 tahun, bapanya dibawa ke KMC selepas waktu berbuka puasa semalam, berikutan keadaannya jelas keletihan dan lemah sejak dua hari lepas.

"Arwah sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit, tetapi dalam dua hari ini dia letih, jadi ahli keluarga bawa dia ke hospital.
"Masa itu, walaupun kelihatan letih dia masih boleh bersembang seperti biasa,” beliau dipetik Bernama berkata.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati jantung bapanya itu bengkak dan arwah kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dimaklumkan keadaannya bertambah kritikal pada lewat malam.

Mohd Zainuddin berkata, jenazah akan dimandi dan dikafankan di rumahnya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang.

Solat jenazah akan didirikan di Masjid Al Ghufran, Alor Setar, disusuli pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar selepas solat Asar.

"Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya, ditempatkan bersama para solihin.

"Bagi pihak keluarga, kami memohon maaf atas segala salah silap almarhum ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini," katanya dalam satu status yang dimuat naik di Facebook.



Abu Bakar terkenal dengan lakonan drama dan filem sejak tahun 1980-an.

Antara drama dan filem lakonannya ialah Opah, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa, Duyung Pak Keoi, Anak Jantan Pak Dee dan Mana Mau Lari.

Allahyarham juga pernah membintangi filem Leftenan Adnan, bersama pelakon, Hairie Othman.

Abu Bakar pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Sri Angkasa 1983 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) pada 1983, Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) (1990), dan Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin pada 2012.

Antara yang awal memaklumkan berita sedih itu ialah rakan artis Fauziah Ahmad Daud.



== astro awani
 
AL-FATIHAH | Jenazah Abu Bakar Omar Selamat Dikebumi

Jenazah pelakon veteran, Abu Bakar Omar yang meninggal dunia akibat masalah jantung, selamat dikebumikan di Alor Setar, Kedah, petang tadi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

'Nanti dah tak boleh datang rumah'


Gambar kenangan Nazia bersama Allahyarham Abu Bakar Omar.


Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit Nazia Mustafar mendedahkan lakonan terakhir Allahyarham Abu Bakar Omar adalah karya terbitan syarikatnya, Megapine Sdn Bhd iaitu Khilaf Terakhir yang ditayangkan di TV1 pada 9 Januari lalu.

Nazia berkata, pembabitan Allahyarham ketika itu adalah kemunculan terakhir selepas sembilan tahun meninggalkan dunia lakonan.

"Bapak (Abu Bakar), terima kasih kerana menerima lamaran saya untuk lakonan terakhir. Tajuk cerita ini Khilaf Terakhir, maka berakhirlah segala kisah Abu Bakar Omar yang akan saya simpan cerita ini sampai bila-bila.

"Ramai terkejut kenapa bapak berlakon dalam produksi saya. Ramai juga ketika tu yang nak ambil bapak berlakon, tapi dia tak nak. Bapak cakap, dia berlakon buat kali terakhir ini hanya untuk saya selepas sembilan tahun menyepi tidak mahu berlakon lagi.

"Saya sangat terharu. Bapak gembira dengan ajak kami satu produksi makan di rumahnya. Kami dapat makan laksa yang sangat sedap yang dibuat oleh Mak (isteri arwah). Sumpah saya tak boleh lupa," katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Nazia turut mendoakan agar roh Allahyarham tenang di sana.

"Ya Allah, Engkau ampunkan lah dia, Engkau ringankan lah bebanan dia, Engkau tempatlah dia dalam kalangan orang yang Engkau kasihi. Bapak, semoga tenang di sana ya. Masa saya juga akan sampai jua nanti. Al fatihah buat bapak," katanya.

Selain itu, Nazia turut memuat naik hantaran gambar dia bersama pasukan berada di rumah Allahyarham di Alor Setar, Kedah.

"Masa ini kami di rumah bapak. Dia beriya minta kami semua datang rumah. Dia kata nanti sudah tak boleh datang. Perjanjian saya pada bapak, kalau nak bapak 'shoot' kena makan di rumahnya. Tertunai sudah perjanjian itu, kali terakhir kami bersama bapak," katanya.

Allahyarham Abu Bakar Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Kedah, Alor Setar, Kedah, akibat masalah jantung, semalam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar, petang, semalam.

Terdahulu, jenazah Abu Bakar dibawa ke masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai untuk disembahyangkan oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga, saudara mara, peminat dan penduduk sekitar sebelum solat Asar.


== harian metro
 
Baru aku tau dia oghang kedah. Belakon tak bunyi kedah.
 
Baru aku tau dia oghang kedah. Belakon tak bunyi kedah.

dia mmg org kedah..ada ja dia belakon peranan org utara..sblm dia blakon, dia penah menega ikan di market besaq seberang perak..org kampung panggei dia "bakaq bolong(borong)" ikut slaga cina xleh sebut "r".. tu arwah tok aku cita la...al-fatihah pd arwah
 
Back
Top
Log in Register