BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar tingkatan 2 putus telinga bergaduh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
earlobe+01.jpg

Hiasan

SEREMBAN 22 Mei - Hanya kerana tidak puas hati, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Rembau dekat sini sanggup menyerang rakan sekelasnya dengan objek tajam sehingga putus telinga kanan.

Kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika pelajar terbabit mencabar mangsa bersemuka dengannya di luar kawasan sekolah selepas mereka berbalah.

Pada waktu itulah pelajar tersebut yang sudah pun memegang objek tajam terus menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada telinga kanannya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom yang mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu telah bertengkar tentang banyak perkara sehingga berakhir dengan pergaduhan di luar kawasan sekolah.

"Pelajar yang menyerang mangsa kini di bawah jaminan polis," katanya di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang putus telinga itu mengalami pendarahan yang teruk dan telah dikejarkan ke klinik berdekatan sebelum dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban lebih seminggu.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140523/je_03/Pelajar-putus-telinga-bergaduh#ixzz32UNe5Gvv
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
namun ku punya telinga
juga gayaku perasaan
hidupku yang begini...

lain kali bergaduh la lagi.
 
Xpasal pasal jd pesalah juvana... henry gurney la tmptnye
 
adoii..dh cacat kekal dh..jadi capeng dh telinga.
 
P ramlee dah ramal perkara ni lama dulu...

Ingat scene laksamana mi cabut teling lawan dia.
 
Back
Top
Log in Register