BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar tanam anak sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Polis menggali lokasi kejadian sebelum menemui mayat bayi cukup sifat dekat kawasan kilang Taman Ria Jaya, Sungai Petani, semalam.
SUNGAI PETANI, Kedah – Polis menemui mayat bayi yang cukup sifat dipercayai ditanam sepasang kekasih berusia 17 tahun, dalam kejadian dekat kawasan kilang Taman Ria Jaya semalam.

Sumber memberitahu, bayi yang sempurna itu dikatakan ditanam sendiri suspek (ibu mangsa) yang merupakan seorang pelajar sebuah sekolah di bandar ini.

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu dikatakan bersalin di rumahnya, sebelum memasukkan bayi ke dalam beg dan dibawa ke sekolah.

“Beg yang dibawa kemudian* diserah kepada teman lelaki sebelum menanam bayi tersebut di tepi jalan dekat kawasan* kilang.

“Kejadian itu bagaimanapun diceritakan suspek kepada rakannya sebelum sampai ke pengetahuan pihak sekolah,” katanya.

Polis bagaimanapun telah menahan remaja berkenaan, sementara teman lelaki ditahan semasa sedang berniaga di sebuah pasar malam, kelmarin.

Tinjauan mendapati, polis yang menerima maklumat menggali semula ‘kubur’ terbabit kira-kira jam 11 pagi semalam, sebelum menemui mayat seorang bayi yang cukup sifat dibalut dengan elok beberapa lapisan sebelum dimasukkan ke dalam beg.

Maklumat polis mendapati, keadaan bayi sempurna dengan tangan dan kaki masih dalam keadaan elok dan dipercayai ditanam dalam masa 24 jam sebelum ditemui.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kerana Sinar Harian difahamkan bayi malang itu mungkin dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/pelajar-tanam-anak-sendiri-1.44628
 
sian baby xberdosa tu jd mangsa...
 
Jahiliah dizaman moden......kalau ye pun jangan sampai membunuh bayi yang tak berdosa ini.
 
Masa buat ingat sedap je,pastu bila mgandung buang bayi
 
nape la jd cam ni.... sian kat bayi tu.. huhuhuh
 
klu tak nk baby tu bg kt org yg nak
jgn nk main buang aje
 
Back
Top
Log in Register