balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Salah seorang suspek yang ditahan polis dalam operasi berkenaan.
< 1 / 1 >
JEMPOL - Dua pelajar lelaki antara 13 individu yang ditahan melalui Ops Sarang membabitkan pembanterasan dadah awal pagi semalam di gugusan Felda Palong.
Operasi bermula jam 3 pagi dan berakhir 930 pagi ini, mendapati semua suspek yang berumur antara 16 hingga 42 tahun ini, positif dadah yang berbeza.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, masing-masing ditahan di kediaman mereka susulan operasi kali ini melibatkan pemeriksaan di rumah.
"Suspek ditahan reman bermula hari ini (semalam) sehingga 23 Jun nanti iaitu selama tujuh hari untuk melengkapkan kertas siasatan di bawah dua seksyen berbeza mengikut jenis dadah iaitu, Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah 1983 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/pelajar-sekolah-positif-dadah-1.402002