BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar sekolah kena cekup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Trafik mengeluarkan saman terhadap seorang remaja dan motosikalnya turut disita.
< 1 / 1 >
KULIM - Untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan, Trafik Kulim melancarkan Ops Samseng Jalanan di sekitar kawasan pekan dan jalan utama bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari sekatan dijalankan sepanjang musim Tahun Baru Cina, lebih 10 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan.

Katanya, dari jumlah itu, penunggang motosikal bawah umur dan pelajar sekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan.

“Antara kesalahan yang mengakibatkan motosikal mereka disita adalah tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak ada perlindungan insurans dan memandu secara melulu,” katanya.

Katanya, polis berjaya mengurangkan jumlah kemalangan maut berbanding tahun lalu.

Menurutnya, operasi seperti itu akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab di masa akan datang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pelajar-sekolah-kena-cekup-1.246937
 
wah karburetor sudah pusing..
mmg rempit punya moto laa nih..
bukan stok g sejid camnih
 
motor honda biru blkg tu mesti ad nak beli rm13.1k tp owner xnk jual
 
Back
Top
Log in Register