hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,239
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,239
- Reaction score
- 1,659
- Points
- 201
Pelajar sawan selepas hisap vape
Kangar: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini, hari ini selepas sawan dipercayai kerana menghisap vape.
Kejadian berlaku sekitar 9.35 pagi apabila pelajar berkenaan bersama dua lagi rakannya keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
Katanya, guru bertugas segera melaporkan perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi pihak ambulans dan waris pelajar itu untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
"Siasatan awal kita mendapati, mangsa dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah lebih kurang 9.30 pagi.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin dan kaunselor sekolah untuk hadir ke HTF bagi siasatan lanjut.
"Pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis," katanya.