Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
30.06.2019 - Alor Setar, Seorang pelajar Kolej Politek Mara Alor Setar maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 109.3 Projek Lebuh Raya Utara Selatan dekat Taman Sejati, Sungai Petani di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 10 malam semasa mangsa, Nurin Jazlina Jamaludin, 20, membonceng motosikal rakannya dari arah Bertam, Pulau Pinang menuju ke arah Plaza Tol Sungai Petani di sini.
“Setibanya di tempat kejadian, tayar belakang kiri sebuah treler yang membawa muatan kayu balak, pecah hingga menyebabkan serpihan tayar itu berselerakan.
“Motosikal jenis Yamaha Y150XR yang ditunggang oleh Muhammad Hafiz Adin Zarizal, 19, dari Felda Lubuk Merbau, Pendang itu dikatakan cuba mengelak serpihan tayar tetapi gagal lalu melanggarnya (serpihan),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal turut cedera parah manakala mangsa pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan serius di bahagian kepala.
Pemandu treler itu, A. Tharirath, 26, dari Kampung Tasek, Pangkalan Hulu, Perak, walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jenazah Nurin Jazlina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Biak, Ayer Hitam, Jitra hari ini.
Adzli menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan mengenainya lanjut masih dijalankan.
Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pelajar-politek-maut-nahas-1.926517