BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14254810313739829-405669.jpg


Pelajar perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah


SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan di sini, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi dan menggemparkan warga sekolah serta penduduk sekitar.

Orang awam yang berada berhampiran lokasi memaklumkan keadaan menjadi kecoh apabila ramai mula berkumpul di kawasan sekolah sejurus selepas kejadian berlaku.

Seorang penduduk berusia 60-an berkata, dia menyedari kejadian itu berlaku sewaktu pulang daripada rumah dari Seremban.

“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini.
Saya tengok ramai orang berkerumum.
Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya ketika ditemui.


Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan dan perkembangan lanjut akan dikemas kini selepas pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register