BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar menang hadiah kereta

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
image.jpg


Sin Tian (kanan) bergambar bersama Tunku Tun Aminah (dua, kanan) dan Kamaruzzaman (dua, kiri) dengan kereta Perodua Axia yang dimenangi.




JOHOR BAHRU - “Saya tidak sangka dapat memandu kereta sendiri selepas ini dan tidak perlu lagi meminjam kereta ayah untuk ke mana-mana,” ujar Tee Sin Tian, 25, dari Permas Jaya, di sini.

Sin Tian merupakan pelajar tahun akhir diploma pengurusan perniagaan di Institut Pengurusan Singapura memenangi sebuah kereta Perodua Axia menerusi cabutan bertuah sempena Pertandingan Karnival Mega Kedai dan Menang.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu dia tidak menyangka kunci kereta yang dipilihnya memberi tuah kepadanya untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.

“Saya membeli cermin mata yang berharga lebih RM700 dari sebuah lot kedai di sini dan mereka memaklumkan saya layak menyertai cabutan bertuah.

“Sudah menjadi 30 peserta yang disenarai pendek sudah cukup bertuah, tambah nama saya turut diumumkan bersama 10 nama yang lain melalui cabutan bertuah begitu menggembirakan kerana kami telah memenangi hadiah bonus tunai berupa baucar bernilai RM500 setiap seorang.

“Kemudiannya, saya bersama 10 individu lain diarah memilih kunci kereta untuk menentukan yang mana satu antara kami memegang kunci kereta Perodua Axia yang menjadi hadiah utamanya.

“Tetapi, benar-benar tidak sangka saya telah memilih kunci yang betul meskipun pada awalnya sedikit gementar,” katanya selepas penyampaian hadiah berkenaan.

Lebih manis, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu yang berlangsung di pusat beli-belah Komtar JBCC, di sini, semalam.

Hadir sama; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Daripada 30 peserta yang disenarai pendek, hanya 11 peserta layak untuk menerima hadiah yang ditawarkan melalui cabutan nama.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh pusat beli-belah Komtar JBCC pada 19 Ogos hingga 18 September lepas sempena ulang tahun kedua pusat beli-belah berkenaan dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang mana menerima 1,000 borang penyertaan.
 
marketing pasaraya tu..

kadang2 kereta tu bukan pasaraya tu yg belikan..tapi supplier2 diorg bagi. so, diorg dapat hadiah free dan digunakan sebagai alat marketing diorg..
 
Dengan harapan ia adalah kereta Axia baru.

Janganlah buat macam Roda Impian berikan kereta 2nd hand yang dah rosak.

Pakai sebulan dua lepas tu kereta masuk bengkel.
 
Dengan harapan ia adalah kereta Axia baru.

Janganlah buat macam Roda Impian berikan kereta 2nd hand yang dah rosak.

Pakai sebulan dua lepas tu kereta masuk bengkel.

wow..betul ke bro keta 2nd? mana tau?
 
Back
Top
Log in Register