BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar menang hadiah kereta

tun aminah nk ke arah muka arwah tunku jalil..al fatihah
 
Dengan harapan ia adalah kereta Axia baru.

Janganlah buat macam Roda Impian berikan kereta 2nd hand yang dah rosak.

Pakai sebulan dua lepas tu kereta masuk bengkel.

Penjelasan please

Nak tau gak
 
wow..betul ke bro keta 2nd? mana tau?

lahai ye ke, tak patut la mcm tu..

Penjelasan please

Nak tau gak

Astro pandai sembunyi kes ni. Hampir semua akhbar tak laporkan dan saya cuma baca dalam akhbar berbahasa inggeris, The Star. Jadi kalau google arkib Utusan atau Metro pun tak jumpa.

Tak sebut pun Astro atau Roda Impian tetapi dia ada sebut rancangan gameshow popular dalam stesen telivisyen berbayar. Siapa lagi kan?

Kalau tak silap kereta import ratus ribu Alfa Romeo dan pemenang pun terkejut bila dapat tahu bukan kereta baru, kereta refurbish.

Jadi kalau tengok peraduan tu, hati2 kalau takde sebut menangi kereta "baru". Masih menangi sebuah kereta, tetapi bukan baru lah. Kereta bekas orang lain. :D

Nak jadi cerita kereta rosak dan masuk bengkel tersadai berbulan2 kerana tiada alat ganti.

Jadi pemenang ambil peguam dan saman penganjur. Malulah balik raya guna kereta lain padahal orang kampung dah tahu menang kereta baru.

Kesudahan cerita tak tahu, mungkin Astro selesaikan luar mahkamah.

Jika fakta salah, maafkan saya kerana sumber berdasarkan memori. Tetapi memang jadi bahan jenaka kes ni di pejabat saya masa tu.
 
Aku kalau cabutan bertuah tak pernahnya dapat...kecuali sekali...tu pun member punya no...dia balik ada hal. Daripada beribu org tak dapat, dari beratus, berpuluh...malah dari 3 org pun tak kena :))

Harap lainkali, penganjur buat cabutan no paling malang pula. Peluang cerah aku dapat :eek:
 
Kalau saya memenangi sebiji Ferrari saya tak akan ambil jual terus, sebab kereta baru kena register tunggu nombor pendaftaran baru dari JPJ terus beli roadtax dan beli insuran sudah hantam hampir RM100,000.
Siapa mau
 
Back
Top
Log in Register