BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar maut terjerut tali buaian

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Gua Musang: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi, di sini, maut selepas lehernya terjerut tali buaian ketika bermain bersama seorang anak saudara lelakinya berusia lapan tahun di dalam bilik di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, dekat sini, semalam.

Mayat Mohd Nor Aiman Nor Azmy, 14, ditemui tergantung oleh abangnya, Mohd Noyusairul, 19, ketika dia berjalan ke dapur sebelum
melihat adiknya tergantung pada jam 2.30 petang.




Mohd Noyusairul segera memotong tali buaian itu dan membawa adiknya ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, mujur pintu bilik tidak ditutup dan dia dapat melihat adiknya tergantung.

"Anak saudara yang bermain bersama adik di dalam bilik berlari keluar dari bilik tetapi dia tidak beritahu apa-apa mungkin kerana takut.

"Saya kemudian ke dapur dan ketika melalui bilik yang pintunya tidak bertutup, saya melihat adik tergantung dan tidak sedarkan diri.

"Saya segera memotong tali buaian itu dan membawanya ke HGM kerana menyangka dia masih hidup, namun sebaik tiba di hospital doktor mengesahkan adik sudah meninggal dunia," katanya.

Jenazah Mohd Nor Azman dituntut keluarganya awal pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Puteh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajarmautterjeruttalibuaian/Article/index_html
 
Sampai dah masa dia... kita ni bila??.. tak risau ke?
 
Back
Top
Log in Register