BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar maut perut terburai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



PELABUHAN BARAT - Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan mengerikan apabila perutnya terburai selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah lori.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas digilis lori terbabit.

“Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.

“Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan yang gagal dikesan sejurus kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.

Sesiapa yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Nur Baidura Datuk Zulyadaen di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pelajar-maut-perut-terburai-1.44216
 
Last edited:
aduhhh ngeri aku dgr berita camni..
 
takut ja dengar camni
 
fuuuh seram aku baca,kat area situ pn mmg bersepah2 lori kontena bagak2.......
 
lori area tu mmg laju2..kadang2 siap berlumba2 lagi..~X(
 
mesti jadi kenangan hitam untuk keluarga.. kesiannye
 
kol 2 pagi dok melilau lagi kat atas jalan..
budak2 zaman skrg..x lekat kt rumah..
takziah pd kluarga mangsa.
 
huh aku time kat u sem lepas excdent time guna motor membe aku... kene hempit dengan motor mamat seng-al.. selamat motor tak pape.. kaki je la bengkak.. smpi skrg bhgn yg bengkak tu xada deria rasa.. mamat yg hempit aku belah gitu je.. siot je... pastu aku fobia sikit nek motor..
 
takziah...pada family

ni sebabnya.. aku kalu bawak moto.. nampak lori kat
depan.. aku rela pollow jer...

kalu nak potong pun mmg full trotel laa..
risau tgk rider boleh rilek jerr seiring ngan lori kat atas jalan..
 
Back
Top
Log in Register