Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
20.01.2018 - Kuantan, Seorang pelajar ditemukan lemas di kawasan Sungai Pahang di Tanjung Medang, Pekan dekat sini hari ini.
Mangsa, Mohd. Farid Ahmad Shukor, 16, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, Pekan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian itu, mangsa bersama keluarganya pergi berkelah di tebing sungai di Tanjung Medang pada pukul 8 pagi ini.
"Lebih kurang pukul 11 pagi, Mohd. Farid yang memancing di tebing dilihat berjalan menuju ke beting pasir yang jaraknya lebih kurang 20 meter dari tebing sungai.
"Secara tiba-tiba mangsa kelihatan terjerlus ke dalam pasir lalu tenggelam. Ayahnya, Ahmad Shukor Ahmad Gundal yang ketika itu berada di dalam bot cuba menyelamatkan mangsa dan selepas ditemukan pada pukul 12.15 tengah hari, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amran berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pelajar-lemas-terjerlus-dalam-pasir-1.826157