BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur


MELAKA 28 Dis. – Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar IPT dari ibu negara itu tiba di negeri ini pada 29 November apabila rakannya itu yang berusia 22 tahun menjanjikannya pekerjaan.

“Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur.

“Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tambahnya selain dipaksa melacur di hotel, mangsa yang berasal dari Perak juga dipaksa melayan beberapa lelaki di sebuah rumah selama hampir sebulan.

Menurut Raja Shahrom, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu hotel tersebut pada Ahad lalu.

Sumber
 
kesian jg pompuan tu.. kawan ni mmg tak blh percaya sangat..
 
mkin truk dh dunia ni.. xde gmbar ke tt?? hahahaa
 
dlm sebulan dah befapa lelaki dia layan,mesti laris budak ni kan.

images

(sekadar gambar keghairahan)
 
Kawan pun makan kawan. Bukan boleh percaya zaman sekarang ni
 
macam dalam cerita pulak.. tak sangka ada betul2
 
Back
Top
Log in Register