BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

61 Kes Penipuan Dalam Talian Babit Pelajar IPT Di Perak, Kerugian Lebih RM300,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
da00b3a01692133c76693349c5288f4a69d73c8d6ee95

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin

Sebanyak 61 kes penipuan dalam talian melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini, dengan jumlah kerugian RM303,372.36.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata antara bentuk penipuan yang dikenal pasti ialah penipuan melalui panggilan telefon, e-dagang, pelaburan dan tawaran pinjaman tidak wujud.

“Jika dahulu pelajar IPT dilihat kurang terdedah, namun data yang kita peroleh ini menunjukkan mereka antara golongan utama yang disasarkan oleh penjenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Module on the Current Trends of Commercial Crimes di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Noor Hisam menegaskan semua pihak perlu memandang serius jenayah berkenaan kerana ia tidak memilih mangsa dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang serta kedudukan.

Mengenai program berkenaan, beliau berkata ia membabitkan kerjasama antara polis kontinjen Perak dan UTP bertujuan memperkukuh kesedaran berkaitan jenayah komersial dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar IPT.

Beliau berkata modul yang dilancarkan itu memberi fokus kepada trend semasa jenayah komersial yang semakin berkembang selari kemajuan teknologi digital, sekali gus memerlukan pendekatan lebih proaktif dalam aspek pencegahan.

“Melalui program seperti ini, kita berharap pelajar bukan sahaja lebih peka terhadap taktik penipuan, tetapi juga mampu menjadi ejen penyampai maklumat kepada rakan-rakan serta komuniti masing-masing,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register