Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
17.09.2019 - Gerik, Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 24, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di sini semalam.
Kejadian pada pukul 5.40 petang itu mengorbankan Muhammad Haziq Afnan Fazli, 20, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Dalam kejadian itu, dua rakan lelaki mangsa yang juga pelajar ILP Jitra iaitu pemandu Perodua Viva berusia 22 tahun parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gerik manakala seorang penumpang berusia 19 tahun pula cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kemalangan berlaku membabitkan kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga sekawan itu dan sebuah Perodua Aruz yang dinaiki lima sekeluarga.
Katanya, ketika kejadian kereta dinaiki pelajar berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik manakala sebuah kereta lagi dipandu dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu pelajar terbabit dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta lima sekeluarga yang dipandu lelaki berusia 54 tahun.
"Akibat pelanggaran itu, Muhammad Haziq yang duduk di bahagian penumpang hadapan tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala tujuh yang lain termasuk lima sekeluarga yang cedera ringan itu juga dirujuk ke hospital sama untuk rawatan selanjutnya.
Katanya, kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan remuk teruk di beberapa bahagian terutama di bahagian hadapan.
"Punca kemalangan dipercayai akibat hilang kawalan dan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Berita asal https://www.utusan.com.my/berita/na...-jitra-maut-kemalangan-dua-kenderaan-1.971835