BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan tidak terjejas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mustapa MOHAMED (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat anjuran pemilik-pemilik teksi Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/Wahidin Salim​

KOTA BHARU 16 Ogos - Ketidaktentuan politik dan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada masa ini sama sekali tidak menjejaskan aliran pelaburan jangka panjang negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keyakinan pelabur asing itu bagaimanapun harus dikekalkan dengan memastikan politik dan ekonomi negara terus stabil.

“Keyakinan pelabur masih tinggi pada masa ini. Bagaimanapun, kita harus mengakui pelaburan jangka pendek (bursa saham) kadang-kadang ada turun naik.

“Untuk pelaburan jangka panjang, saya masih belum mengesan apa-apa yang boleh mengancam aliran pelaburan sehingga memudaratkan negara. Jumlah pelaburan yang diuruskan beberapa agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada pada tahap menggalakkan.

“Jadi, dari segi pelaburan (negara) masih bertahan dan diharap dapat terus berkembang. Tapi sudah pasti situasi itu (pelaburan) bergantung kepada macam mana kita uruskan negara dalam memastikan kestabilan politik dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik-pemilik teksi Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut menghadiri sesi dialog bersama kira-kira 400 penuntut institusi pengajian tinggi dari seluruh negara di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi membincangkan isu-isu semasa.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, meminta semua ahli parti itu supaya bersatu padu bagi memastikan kestabilan negara tidak akan tergugat.

“Kita berharap perkara ini (pergolakan dalam UMNO) tidak akan berlarutan kerana kita perlu kestabilan dalam politik dan ekonomi. Perlu ada kestabilan, tiada kelam-kabut (menghadapi sesuatu isu).

“Kalau tidak susah kita nak buat kerja. Kestabilan itu harta yang amat berharga dan begitu juga dengan perpaduan. Untuk uruskan negara, kita perlukan keadaan yang aman,” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register