Xilence Swordswind
Junior Member
- Messages
- 91
- Joined
- Aug 16, 2012
- Messages
- 91
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
berkenaan public gold ni..
aku mmg da lama rasa scam ..
1. benda ni 2 tahun lepas..abg aku pegawai bank..bhgian loan..
aku tanya pendapat dier psl public gold..
1st soklan dier tanya aku..public gold ni under mana?company ker bank? --- jwpan aku ..company..
-- jwpan abg aku -- x yah msuk utk jdik agen ker..beli emas dier ker..sbb company ni bhye ..klo apa2 berlaku..emas kita ssh nak jual, x tau emas tu tulin ke x...yer..dier guna alat uji ketulinan emas...benda tu boleh manipulate..--itu andai kate public gold tipu la..kesimpulannya..aku x join jdi dealer n beli emas dier..pastu aku saje join seminar public gold..
2. aku pergi seminar public gold..dr situ aku dpt tau..mcm ada unsur2 tangguh dlm pembelian emas..cara menyampaikan nya..sebijik mcm org MLM...punya nak pengaruh org utk beli emas dr public gold..kata pendapatan yer 10k sbulan..kdg2 100k sebulan..haram aku nak caya..sbb -- klo katakan pendapatan dier boleh cecah 100k sebulan..berenti jer la keje tetap n mkn gaji..buat keje fulltime jual emas...ni dier kata..still bekerja tetap lgi..nmpk sgt mcm x secure jer jdi penjual emas..
3. dier bgi 1 borang..dlm tu ada tulis introducer..yer la..dier rekemon kan..mesti dpt komisyen..komisyen yer kompem la dr harga emas yg dijual..klo perasan.
4.menggunakan teknik lock harga..--perkara ni da diterangkan dlm majlis fatwa..--haram...
5. boleh berlaku kelewatan dlm transaksi membeli emas,sbb emas kadang2 x der kat dealer..so kena tggu..
6. dibolehkan utk membayar ansuran..eh..biar benar..musykil aku time dgr seminar public gold..tapi aku lyn ker jer..
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html
so..mmg patut pun..bnm letak public gold dlm alert lis..sekian terima kasih..
Saya juga adalah seorang Dealer Public Gold dan hanya membeli dan menjual emas sambil berkongsi ilmu emas di area Johor Bahru.
1. Andaian adalah tidak benar kerana emas Geneva yang dah kene bom dengan BNM pun masih ramai nak beli dalam carigold kerana emas tetap adalah emas dan berharga. Emas Public Gold tipu juga adalah tidak benar kerana i-series Public Gold(PG) diterima disemua Ar Rahnu(bank dan koperasi).
Seperti saya katakan sebelum ini, ramai orang menggunakan undang-undang untuk menganiaya orang lain malah inilah kelemahan undang-undang dunia buatan manusia. Seperti sifu saya ajar dalam hal undang-undang, ianya bukan sesuatu yang jumud dan perumpamaan dalam cerita P.Ramlee musang berjanggut pun cakap "itu undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin, boleh padam......"
2. Jika anda membeli secara tunai sebelum anda meninggalkan majlis akad, anda akan dapat emas. Maka tiada unsur tangguh. Keuntungan emas boleh saya terangkan lebih lanjut kerana mungkin anda tidak berapa faham tentang hal tersebut dalam seminar itu.
3. Jika anda membeli barang kemas di kedai emas, mereka(pekedai) juga dapat komisyen. Seseorang telah membeli emas(Public Gold) dengan saya tanpa perlu isi borang.
4. Sila sandarkan link atas dakwaan fatwa tersebut dan kita belajar. Lock adalah tempahan seperti mana anda menempah baju, peralatan pada harga sekian sekian dan kedua-dua belah pihak bersetuju dengan harga yang telah dijanjikan. Kemudian bertemu dan majlis akad dilakukan dengan tunai.
5. Ini faktor keselamatan, adalah GILA bagi seseorang untuk membawa emas berkilo-kilo untuk direct selling kat rumah orang. Pekedai emas pun duduk kat dalam kedai yang macam kubu, itu pun ada lagi kes rompakan kedai emas. Tidak menjadi masalah jika tempahan dibuat terlebih dahulu dan janji tempat, masa dan majlis akad dilakukan dengan tunai selepas bertemu.
6. Itu pilihan kerana mengapa anda membeli dengan tangguh yang mempunyai riba sedangkan anda boleh membeli dengan tunai tanpa riba?
masih musykil dan ada soalan?
