BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Emas Genneva

wazir

Fun Poster
Messages
699
Joined
Mar 26, 2009
Messages
699
Reaction score
8
Points
15
Salam warga CG sekelian.

Pernahkah rakan2 CG mendengar pelaburan ini? Saya telah didatangi oleh konsultan dari syarikat ini yang beribu pejabat di Jalan Kuchai Lama dan dia telah memberitahu satu pelaburan yang boleh membawa keuntungan besar.

Caranya ialah kita beli emas dari syarikat ini dan simpan. Cukup tempoh 3 bulan, syarikat akan beli balik emas dengan harga asal. Di dalam tempoh pegangan itu, syarikat akan beri hadiah wang bulanan kepada kita pada kadar 2%. Ini bermakna kita akan dapat 6% pulangan dalam masa 3 bulan. Jadi setahun 24%!

Adakah rakan2 CG yang sudah melabur dalam skim Genneva ini? Apa pro dan kontra nya? sebab saya sudah terdetik hati untuk melabur dalam skim Genneva ni. Minta pendapat otai2 sekelian, tima kasih.
 
ada lagi satu company macam ni tapi bagi 2.5% sebulan.cukup tempoh dia beli balik dengan kita harga asal
 
ada lagi satu company macam ni tapi bagi 2.5% sebulan.cukup tempoh dia beli balik dengan kita harga asal

wah ni lagi bagus !!!setahun 30% :)paid:)paid

pada aku benda ni low risk...sebab emas ada dalam tangan kita..



TAYOR
 
Dia bagi kita emas fizikal ke bang? mcm best je bunyinya.. sebab ada urusniaga fizikal..
 
takyah la. kan BNM tgh siasat genneva ni. harga dah la tinggi
 
walaupun bg 2 percent cube tengok harga emas itu dgn harga semasa mesti mahal.kate kite beli tapi tiba tiba org tu lari kita still rugi sbb premium nyer tinggi wlaupun kite tak rugi banyak.tapi apa pun terpulang kpada tuan tanah sbb investment ini main dgn risk
 
Back
Top
Log in Register