BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur asing beralih ke Malaysia

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
eko-eko-bnm13_1602847997.jpg


SINGAPURA: Jumlah hutang Malaysia yang dipegang oleh pelabur asing meningkat kepada 24 peratus, berbanding paras rendah 21.7 peratus pada April lalu.

Ia berbanding pegangan hutang Indonesia oleh pelabur asing yang merosot kepada 27 peratus, berbanding setinggi 39 peratus akhir tahun lalu.

Perbezaan mengecil kepada hanya tiga mata peratusan berbanding sebanyak 14 mata peratusan pada akhir 2019.

Indonesia mencatatkan aliran keluar asing bersih AS$6.8 bilion (RM28.2 bilion) tahun ini, sementara Malaysia mencatatkan aliran masuk AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion).

Salah satu faktor yang menghalang aliran masuk ke Indonesia adalah program pengewangan hutang bank pusat, yang mana ia membeli bon secara langsung daripada kerajaan.

Pengurus wang bimbang rancangan itu akan menjadi peraturan, walaupun ada jaminan berulang kali daripada Gabenor bank pusatnya, malah Menteri Kewangan menolak perkara itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebaliknya mengambil langkah ortodoks dalam usahanya untuk memerangi COVID-19 dengan mengurangkan kadar faedah dan menurunkan nisbah keperluan statutori.

Faktor lain yang menarik dana global ke Malaysia dan bukannya Indonesia adalah tindakan kadar oleh BNM yang lebih agresif.

Bank pusat Malaysia telah mengurangkan penanda aras kadar faedah sebanyak 125 mata asas tahun ini, sedangkan Indonesia hanya dikurangkan sebanyak 100 mata asas, walaupun angka nominalnya yang lebih tinggi bererti ia mempunyai lebih banyak ruang.

Hasil penting daripada perubahan pola aliran dana adalah untuk menyerap turun naik tidak menentu dalam pasaran bon Indonesia.

Walaupun berlaku pengurangan dalam turun naik tidak menentu berikutan pengeluaran dana asing, faktor lain ialah peningkatan campur tangan Bank Indonesia.

Pemilikan bank pusat terhadap bon berdaulat Indonesia telah meningkat kepada sekitar 20 peratus setakat 12 Oktober berbanding kurang 10 peratus pada awal tahun ini, demikian menurut Pakar Kanan Strategi Kadar di Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpangkalan di Singapura, Jennifer Kusuma.

Sebaliknya, BNM memiliki 2.6 peratus daripada pasaran pada akhir September, berbanding 0.5 peratus pada awal 2020, katanya.

Walaupun pelabur asing telah mengurangkan pegangan hutang Indonesia, kemerosotan dalam ketidaktentuan nampaknya memberikan beberapa insentif kepada pelabur berpotensi.

Sekiranya ketidaktentuan kekal pada tahap semasa, maka pembeli berpeluang mendapatkan hasil benar paling tinggi di rantau ini dengan potensi risiko yang lebih rendah.

 
Back
Top
Log in Register