BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekin Mahu Kahwin Senyap-Senyap

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,844
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,844
Reaction score
215
Points
128
KUALA LUMPUR: Pelakon Pekin Ibrahim tidak berhasrat untuk menghebahkan dan berkongsi berita mengenai perkahwinannya kepada umum.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 36, berkata, ia merupakan perkara yang terlalu peribadi buat dirinya.

"Insya-Allah memang ada niat (kahwin) tapi saya belum tahu lagi bila ia akan tercapai. Buat masa ini saya masih berkawan dengan wanita itu dan beberapa wanita lain juga.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin secara senyap-senyap dan tidak jemput orang termasuk rakan-rakan kerana saya rasa tidak perlu pun umum mengetahui tentang peribadi saya," ujarnya kepada mStar Online.

Pekin ditanya tentang perkembangan percintaannya dengan seorang model antarabangsa yang menetap di London.

Pelakon Volkswagen Kuning ini ditemui pada majlis KTM Komuter Basking Aid On Train di KL Sentral, di sini, Khamis.

Tambahnya, hubungan tersebut masih lagi terjalin biarpun berhadapan dengan masalah jarak jauh.

"Saya seorang yang tidak suka terlalu berkongsi tentang peribadi kepada orang termasuklah rakan-rakan. Saya memang tidak mahu majlis besar-besar dan bersanding di depan orang ramai," ujarnya.

Sementara itu, program KTM Basking Aid On Train yang bakal berlangsung pada 21 Januari ini bermula pukul 10 pagi.

Acara tersebut akan berlangsung di tiga stesen bermula di KL Sentral, Sungai Buloh dan Bandar Tasik Selatan.

Seramai 14 artis termasuk Fattah Amin dan Tomok bakal menghiburkan penumpang selama lebih sejam dalam tren sehingga di stesen berkenaan.

Program tersebut juga merupakan projek selebriti yang menyambung pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuklah Tomok sendiri.

Selain Pekin, antara yang hadir dalam sidang media program berkenaan ialah Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin, Ketua Komunikasi Korporat KTM Komuter, Ahmad Ridhwan Mohamed Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Time Reveal (M) Sdn Bhd, Azurawaty Amar.

317ec0a4cab9465889071ac375a03967.ashx
 
tunang syp kalau kawin kena hebahkan..
 
dengar criter pompuan yang di tgh couple @ model dari london tu guna fake acc.. pekin syok sendiri.entah2 terkena african scam kang :eek:..aku baca gosip cari haha
 
image.jpg

Pekin Ibrahim, Mona Allen selamat nikah?

PELAKON Pekin Ibrahim dikatakan telah melangsungkan pernikahannya dengan bintang drama Monalisa, Mona Allen, hari ini.

Beberapa keping gambar yang menyaksikan pasangan selebriti ini dalam persalinan pengantin, selain papan tanda yang tertera nama mereka telah tersebar semenjak awal petang tadi.

Meski tiada kenyataan yag dikeluarkan oleh mereka berdua, rakan artis dan peminat mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut. Tidak kurang terkejut dan bertanyakan tentang kesahihah berita tersebut.

image.jpg

Bagaimanapun, Amyza Aznan menerusi laman Instagramnya secara terbuka turut mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Pekin dan Mona.

“Selamat pengantin baru buat anak Cik Gayah (Amyza), Mona Alle dan suami, @pekin7words (Pekin Ibrahim).

“Semoga berkekalan hingga ke jannah. Amin,” tulisnya pada sekeping gambarnya bersama Mona.

Terdahulu sebelum ini Pekin yang kini bergiat aktif sebagai penerbit filem pernah menyatakan hasratnya untuk tidak menghebahkan tentang tarikh pernikahannya kerana menganggap ia merupakan momen peribadi buatnya dan pasangan.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pekin-ibrahim-mona-allen-selamat-nikah-1.913119
 
image.jpg

Terima kasih untuk semua...: Mona Allen

SELEPAS dua hari bergelar isteri kepada pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, akhirnya pelakon Mona Allen tampil menyampaikan ucapan terima kasih menerusi akaun Instagramnya.

"Ucapan terima kasih yang disampaikan adalah sesuatu yang paling berharga dan ia membawa kebahagiaan berlipat ganda.

"Terima kasih untuk semua ucapan tahniah dan doa ," tulisnya beserta gambar dua bentuk cincin.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, selamat bernikah pada pagi, Jumaat lalu.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/terima-kasih-untuk-semua-mona-allen-1.914020
 
Back
Top
Log in Register