BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya pernah doa tak mahu kahwin dengan artis, pelakon’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
amirah-othman.jpg

AMIRA mengakui pernah berharap tidak berjodohan dengan lelaki bergelar artis namun semuanya ketentuan Ilahi apabila bertemu dengan Fattah Amin yang mulanya sekadar teman sekerja.

‘Saya pernah doa tak mahu kahwin dengan artis, pelakon’ PETALING JAYA – Masih dalam emosi bulan madu, penyanyi Amira Othman menyifatkan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin sebagai lelaki yang memiliki tahap kesabaran tinggi.

Menurut Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 33, sifat tersebut merupakan antara faktor yang memikat hatinya selama saling mengenali hati budi.

“Dia penyabar dan sangat bersangka baik, walaupun dia seorang figura awam, kalau borak dengan dia, akhirnya dia akan berbalik kepada ‘tidak mengapa, Allah ada’.

“Saya rasa benda-benda itu buat bila berborak dengan pasangan yang tiada perkara hendak berbalah dan ada matlamat yang sama,” katanya dalam temu bual podcast The Chic Code baru-baru ini.

Tambahnya, sifat pelindung yang dimiliki Fattah juga antara yang menambat hatinya.

“Dia sangat ‘protective’ dan saya rasa semua lelaki begitu.

“Perkara tersebut bila tengok cara dia dengan famili, ibu adik-adik dan anaknya, Fatima Aisya,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berkata setiap individu yang dihadirkan dalam hidup seseorang adalah sudah diatur dan bersesuaian dengan diri sendiri.

“Saya rasa jodoh ini Tuhan akan bagi kita orang yang bersesuaian.

“Kalau adik-adik saya putus cinta, saya selalu pesan memang Tuhan akan bagi awak orang yang tepat, dengan kita tak sesuai tetapi mungkin sesuai dengan orang lain,” kongsinya.

Menerusi perkongsian sama, Amira mengakui pernah meminta pada Tuhan agar tidak dipertemukan jodoh dengan lelaki daripada kalangan selebriti.

“Pertemuan dengan Fattah adalah perkara tak dirancang dan hanya mula berkenalan sebab kerja sedangkan sebelum itu tidak pernah bertegur.

“Malah saya pun pernah cakap tak mahu kahwin dengan artis terutama pelakon.

“Tapi tiba-tiba selepas bekerja dan beritahu ibu bapa saya, semuanya dipermudahkan dan sudah tertulis,” jelasnya.

Amira dan Fattah bergelar suami isteri pada 14 September lalu, tarikh sama dengan hari ulang tahun ke-35 bekas suami Fazura itu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, pada hujung hari cinta jugak yang dipilih. Suka2 tak nak artis, last2 pilih Fattah. Kesian Fazura lol, Fattah sweet giler tapi tu la, selalu "tak nak" jadi "nak" kan. Cinta ni pelik sikit kadang. 🥴

 
Back
Top
Log in Register